Pengintip

19 December 2011

SSM vs SBPA

Pagi ini, akulah orang yang paling lantang bercerita berkenaan Skim Baru Perkhidmatan Awam yang dipaksakan pada aku dan rakan sekerja untuk mendengar taklimat mengenainya. Rasanya bukan ditempat kerja aku sahaja taklimat diberikan bahkan isteri aku pun turut menyertai taklimat yang akan dilakukan pada sebelah petangnya (dalam hati aku berkata mungkinkah orang yang sama memberi taklimat ditempat kerja aku).

Kelantangan aku bersuara bagaikan ejen Cuepacs bercerita mengenai hak-hak sebagai seorang pekerja dan bila difikirkan kembali, semangat membuak-buak aku bercerita mengenai skim baru ini adalah disebabkan minda aku dirangsang oleh berita TV3 dipagi hari mengenai skim SBPA ini yang dtolak oleh Cuepacs. Melalui ucapan yang disiarkan oleh Tv3, intipatinya yang aku faham adalah "Rakyat tidak pernah didahulukan sebagai mana slogan 1 Malaysia; ini hanyalah interpretasi aku hasil dari kenyataan presiden Cuepacs iaitu, "inilah pertama kali dalam sejarah Cuepacs tidak terlibat dalam merangka skim SBPA (lebih kurang macam itulah).

Perlaksanaan skim baru ini, nampaknya terlalu tergopoh-gopoh untuk dilaksanakan dan apakah signifikanya kepada kakitangan kerajaan? dan akhirnya aku tersedar bahawa, kelantangan aku bersuara (dikalangan rakan sekerja) sebenarnya tidak bermakna, kerana sudah tentunya aku hanyalah seorang pekerja kontrak yang akan ditamatkan kerja pada bila-bila masa dan aku sebenarnya tidak terlibat secara langsung. Ha..ha..ha..

Untuk itu, nasihat aku pada kawan-kawan, mungkin kaedah penilaian keputsan oleh Edward de Bono boleh digunapakai (CoRT Thingking) P.M.I (Plus, Minus,Interesting) jadi timbag-timbangkanlah supaya pemilihan yang dilakukan adalahlebih tepat. (sebaik-baiknya buatlah solat istikharah, insyaalah).