Pengintip

20 January 2013

Kembali dengan tahun baru dan semangat baru

Rasanya dah agak lama tidak menulis, semenjak menyiapkan 'thesis' sarjana. semangat untuk menulis masih berkobar-kobar tetapi terhalang oleh sifat malas. Insyaalah penulisan akan menyusul selepas ini.

19 December 2011

SSM vs SBPA

Pagi ini, akulah orang yang paling lantang bercerita berkenaan Skim Baru Perkhidmatan Awam yang dipaksakan pada aku dan rakan sekerja untuk mendengar taklimat mengenainya. Rasanya bukan ditempat kerja aku sahaja taklimat diberikan bahkan isteri aku pun turut menyertai taklimat yang akan dilakukan pada sebelah petangnya (dalam hati aku berkata mungkinkah orang yang sama memberi taklimat ditempat kerja aku).

Kelantangan aku bersuara bagaikan ejen Cuepacs bercerita mengenai hak-hak sebagai seorang pekerja dan bila difikirkan kembali, semangat membuak-buak aku bercerita mengenai skim baru ini adalah disebabkan minda aku dirangsang oleh berita TV3 dipagi hari mengenai skim SBPA ini yang dtolak oleh Cuepacs. Melalui ucapan yang disiarkan oleh Tv3, intipatinya yang aku faham adalah "Rakyat tidak pernah didahulukan sebagai mana slogan 1 Malaysia; ini hanyalah interpretasi aku hasil dari kenyataan presiden Cuepacs iaitu, "inilah pertama kali dalam sejarah Cuepacs tidak terlibat dalam merangka skim SBPA (lebih kurang macam itulah).

Perlaksanaan skim baru ini, nampaknya terlalu tergopoh-gopoh untuk dilaksanakan dan apakah signifikanya kepada kakitangan kerajaan? dan akhirnya aku tersedar bahawa, kelantangan aku bersuara (dikalangan rakan sekerja) sebenarnya tidak bermakna, kerana sudah tentunya aku hanyalah seorang pekerja kontrak yang akan ditamatkan kerja pada bila-bila masa dan aku sebenarnya tidak terlibat secara langsung. Ha..ha..ha..

Untuk itu, nasihat aku pada kawan-kawan, mungkin kaedah penilaian keputsan oleh Edward de Bono boleh digunapakai (CoRT Thingking) P.M.I (Plus, Minus,Interesting) jadi timbag-timbangkanlah supaya pemilihan yang dilakukan adalahlebih tepat. (sebaik-baiknya buatlah solat istikharah, insyaalah).


16 August 2011

Pembesar Suara vs Pengecil Suara


loud_speaker-large.jpg
Kemelut bacaan Al-quran sebelum subuh telah menjadi polemik di kalangan masyarakat. Pandangan sesetengah 'ahli agama' menyatakan bacaan sebelum subuh subuh adalah tidak perlu. Tapi pada sesetengah masyarakat yang 'lain' pula berpandangan sebaliknya. Saya tidak ingin menngupas isu ini secara khusus, kerana sudah pastinya isu ini bermotifkan politik di kedua- belah pihak.

Pada saya, isu ini boleh diselesaikan melalui jalan tengah. Memang secara logiknya, pembesar suara ini mengganggu ketenteraman masyarakat yang berada di sekitar masjid. Pokok persoalannya:

1. Siapa masyarakat disekitarnya. Adakah masyarakat ini terdiri daripada masyarakat bukan Islam?
2. Kedudukan geografinya. Di mana terletaknya masjid?

Isu ini rasanya boleh diselesaikan secara kreatif, berdasarkan kepada konteks tempat dan keadaan. Jika masyarakat disekelilingnya adalah terdiri daripada masyarakat bukan Islam, rasanya adalah tidak sesuai untuk mengalunkan ayat-ayat suci sebelum subuh. Tetapi agak berlainan jika masyarakat disekitarnya adalah majoritinya beragama Islam. Itu pun dengan cara mendapat kesepakatan majoriti masyarakat, untuk menggunakan pembesar suara atau tidak. Mungkin masyarakat Islam di kawasan-kawasan desa tidak bermasalah untuk 'membuka telinga' mendengar bacaan al-quran sebelum subuh (andaian sahaja).

Mendengar bacaan al-quran adalah perkara yang baik. Tetapi jika pendengar mendengar al-quran sambil sambil bersembang-sembang, tidak fokus pada bacaan al-quran, atau bergelak ketawa, sudah tentulah lebih baik tidak diperdengarkan bacaan al-quran. malah ditakuti akan berdosa pula. Ditambahi pula, memperdengarkan bacaan al-quran di awal pagi (masih tidur/siapa yang mendengarnya?).

Alasan mendengarkan bacaan al-quran adalah untuk mengejut bangun solat subuh pula; tidak boleh dijadikan alasan kerana azan sendiri telah berfungsi sebagai panggilan ilahi. Isu penggunaan pembesar suara ini, seharusnya dapat ditanggani secara kreatif. Menjaga isu-isu yang sensitif agama, budaya, bangsa adalah satu perkara yang perlu di ambil berat. Maka dengan sebab itu penyelesaian masalah berteraskan kaedah kreativiti adalah perlu dilakukan.


20 July 2011

MENGGUNA POTENSI PEMADAM SEBAGAI 'ALAT' UNTUK MELUKIS


Kelas melukis: Latihan Lukis dan Padam

Kuliah oleh: Suhaimi b. Tular
Selasa: 12-07-2011
Masa: 8.00 - 9.00 pagi
Tempat: FSSR, UiTM Perak


Secara asasnya melukis melibatkan penggunaan alatan melukis, umpamanya pensil. pengertian melukis mengikut definisinya ialah "mark making on surface". iaitu membuat sebarang tanda di atas permukaan. Pengertian melukis jika dikupas adalah besar perspektifnya.

"The term 'drawing' encompasses a number of meanings. the word suggest both the physical act of making marks on a surface, and, like the old English word drag an, from which it derives of pulling' or 'dragging' an object."

Kesan diatas permukaan tanah hasil dari geseran dari roda motosikal juga boleh didefinisikan sebagai melukis. Pendefinisian sesuatu perkara adalah mengikut konteks tertentu. jika mengikut definisi 'tanda di atas permukaan' maka potensi bahan seperti pemadam boleh berfungsi sebagai 'alat' untuk melukis. mungkin agak pelik, kerana pemadam adalah bersifat membetulkan kesilapan ketika melakukan aktiviti melukis.

Potensi bahan seperti pemadam ini adalah contoh bagaimana kita boleh menggunakan bahan konvensional selain peralatan melukis yang ada di pasaran untuk melukis. sebaga contoh, kopi, teh, milo untuk menghasilkan lukisan. Gambar di bawah ini, merupakan salah satu latihan yang diberikan kepada pelajar semester 01 di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Perak untuk belajar menggunakan potensi bahan pemadam untuk melukis. di samping itu, latihan ini berfungsi sebagai latihan psikomotor yang sangat diperlukan untuk melukis.

Rujukan; Paul Thomas and Anita Taylor (2003). Drawing: Foundation Course. Octopus Publishing. London



Proses 1: Kertas di 'gelapkan' menggunakan pensil



Proses 2: Sebahagian dipadam menggunakan pemadam


Beberapa contoh latihan pelajar

28 June 2011

Karya Seni: Antara Konservatif, Idealisma dan Praktikal

KONSERVATIF

- anti pasca-moden
- ortodok/traditionalist
- menolak dan bersifat negatif/sukar menerima perubahan yang berlaku di sekeliling.
ditambahai dengan golongan muda terkini atau generasi baru (Y-generasi/mungkin G-
generasi)


IDEALISMA

- bersemangat/berfikiran kreatif
- menerima perubahan semasa sebagai gaya hidup
- tidak menolak arus pasca-moden
- bersifat 'mind-process'/ dalam 'kotak'
- tiada perlaksanaan


PRAKTIKAL

- mempunyai 2 karekter:
1. bersifat konservatif
2. mempunyai pemikiran; Idealist/Idealisma
* 1 dan 2 (digabung @ berasingan)
- melaksanakan/bergerak dengan perbuatan

31 January 2011

Mempelajari dan Memahami

Karya

Sesebuah karya seni tidak dapat lari daripada mengandungi unsur-unsur ‘moral yang diketengahkan. Atau pun dalam erti kata lain isi-isi tersurat mahupun tersirat yang cuba digarap dan dikenali sebagai isi/konten (content) dan amalan-amalan ini menitikberatkan kepada isu yang ingin disampaikan.

Meskipun untuk memahami konten adalah tidak sukar berdasarkan imej-imej yang terpampang, tetapi ‘audience’ yang memiliki ‘ilmu’ bahasa visual adalah mereka yang dalam interpretasinya. Konten dalam sesuatu karya yang ingin disampaikan merupakan amalan modernisma yang berakar umbi hingga sekarang (walaupun Malaysia sedang atau mungkin mengalami; era pasca moden).

2K (konten & konteks)

Mengikut amalan pasca moden; konten mungkin berubah menjadi sesuatu yang sudah ‘basi’ tetapi tidak dilupakan sama sekali. Tahap amalan pasca moden telah berevolusi dari konten ke konteks. Jikalau konten menekankan kepada isi maka konteks pula merujuk kepada situasi persekitaran dan perkembangan mutakhir.

Selalunya golongan pelukis (dalam Malaysia) terperangkap di dalam dua era; moden dan pasca moden. Dan golongan ini terperangkap di tengah-tengah iaitu transisi di antara perubahan dua era.

Transisi perubahan ini menjadikan golongan pengkarya berada di dalam dua dimensi diantara sedar dan tidak; dan di sinilah menampakan ketakutan-ketakuan yang bukannya merujuk kepada emosi tetapi hasil seni itu sendiri.

Ketakutan-ketakutan ini di gambarkan pada hasil karya itu; adakah sehaluan merentas kupasan-kupasan isu semasa? Atau karya itu menjadi karya yang bercirikan ‘skill’ semata-mata? atau mungkin isinya sahaja. Ketakutan inilah merupakan dilema yang melanda kepada si pelaku seni dalam menggarap ideanya.

Ketakutan inilah yang akan membunuh hasil karya dan akhirnya pelukis betul-betul terperangkap dalam dunia seninya sendiri.

Karya yang baik adalah menekankan kepada 2K disamping teori dan konsep yang digarap untuk dihadam oleh penonton. 2K ini ditekankan bertujuan memberi menonjolkan idea yang diutarakan. Jika karya menekankan konsep yang baik harus di teladani; maka secara tidak langsung perbuatan yang baik ini harus diteladani oleh penghayat.

Karya yang cuba menonjolkan etika yang baik adakah hanya merujuk pada bentuknya sahaja ?(form). Perlukah bentuk mewakili sifat pengkarya?. Jika filem memerlukan pelakon; perlukah sifat dan amalan pelakon itu sama dengan karekter yang dibawa? Atau bagaimana?(contoh: filem muallaf oleh Yasmin Ahmad).

Disinilah letaknya peranan 2K dalam menjana karya yang dapat menyatukan antara pelukis dan penghayat.

Money oriented vs 2K

Karya memang dihasilkan untuk ‘disampaikan’. Karya yang dipamerkan pula memang untuk dihayati dan semestinya memang untuk dikongsi bersama. Dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai pasaran yang kecil; mengharapkan sebuah hasil karya yang baik terhasil adalah sukar untuk di perolehi. Maka karya-karya yang terpilih sahaja akan menjadi rebutan.

Pasaran kecil sama sekali tidak menghalang kumpulan-kumpulan tertentu untuk terlibat dalam ‘pasaran bebas’ jual beli karya seni. Kumpulan-kumpulan ini bertindak dalam serampang yang bermata-mata. Untuk memakmurkan seni, untuk menggaburi mata, untuk perniagaan, untuk keuntungan dan lain-lain tujuan.

Walau bagaimana cara sekalipun modus operandi dan tujuan tersembunyi kumpulan-kumpulan ini diharapkan tidak sama sekali menolak ketepi keilmuan bahasa seni visual itu sendiri. Agak dkesali sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk melihat kumpulan-kumpulan ini menggangkat karya yang betul-betul memenuhi kriteria utama dalam seni visual tidak di angkat seimbang dengan karya-karya yang mempunyai citarasa ‘menarik’. Hakikat inilah yang perlu di ambil sebagai pengajaran untuk pembangunan seni visual yang berkualiti mulai sekarang dan akan datang.

26 January 2011

ORANG MUDA DAN KARYA KONTEMPORARI

Orang muda

Pelukis muda dikategorikan berumur di bawah 40 tahun. Itupun mengikut kriteria yang termaktub dalam sesuatu pertandingan. Bakat Muda Sezaman contohnya mendefinisikan pelukis muda berdasarkan angka yang sentiasa berubah-ubah. Setiap pertandingan dengan kategori umur yang berubah-ubah; walaupun tidaklah ketara jarak perbezaannya.

Contoh lain adalah pertandingan anjuran kumpulan seni dari Malaysia yang masih ‘hot’ iaitu Kumpulan Matahati yang menganjurkan pertandingan; digelar MEA (Malaysian Emerging Artist) Awards dengan bersyarat berdasarkan jumlah angka yang telah ditetapkan (sila rujuk untuk maklumat lanjut).

Jumlah kiraan angka hayat seseorang seolah-olah menjadi penanda aras untuk sesuatu perkara mahupun jawatan; cuba lihat jawatan pemuda UMNO. Berapakah umur yang di benarkan untuk merebut jawatan pemuda UMNO?.dan perkara-perkara inilah yang membelenggu jiwa orang-orang “tua.”

Bila disebut pelukis muda adalah mudah untuk kita fahami. Pelukis adalah orang yang menghasilkan karya seni, manakala muda pula adalah berkaitan dengan ‘baru’ (angka, pengalaman, pengetahuan atau apa?). jika umurnya tua tapi ilmunya muda, adakah ini orang muda?. Umumnya muda adalah berdasarkan angka, apabila umurnya muda selalunya ilmunya, pengetahuannya, pengalamannya atau apa sahaja adalah berlawanan dengan sifat-sifat tadi.

Pelukis muda adalah mereka tidak berpengalaman. Orang muda biasanya ghairah, amarah, pemberontak itulah ungkapan yang sangat sinonim dengan orang muda.

Maka tidak hairanlah jika melihat pada situasi semasa sekarang orang mudalah yang sentiasa menggerakkan situasi menjadi sensasi, yang memberanikan diri. Cuba lihat siapakah yang menjadi penggerak utama dalam merayakan demonstrasi, protes dan sebagainya?. Sudah tentulah orang muda!. Apakah tiada otai-otai (sensitive disebut orang tua) dalam merayakan jiwa muda?, ada tetapi tidak begitu ‘memberahikan’.

Orang muda adalah orang berani tidak seperti orang tua. Orang muda adalah seorang yang melawan arus tidak seperti orang tua yang kononya matang (poraahhh). Orang muda adalah mereka yang suci, tidak mempolitikan keadaan, tidak mempergunakan dan digunakan orang dengan sewenang-wenangnya dan orang muda jugalah messenger dalam membentuk masyarakat menjadi ‘suci.

Karya Seni

Orang muda dalam konteks berkarya adalah mereka-mereka yang sentiasa menjiwai suasana semasa. Seorang yang kontemporari. Pandangan-pandangan mereka adalah dari perspektif yang berbeza. Melihat, memahami, mengupas dan keluar dari kotak.

Ini bermakna karya-karya mereka adalah berjiwa kontemporari yang tidak menampakkan ketakutan mereka dalam mengupas isu-isu sensitif, politik atau apa sahaja. Disitulah letaknya kekuatan dan semangat pelukis-pelukis muda dan seterusnya menghasilkan karya-karya yang mempunyai perspektif yang berbeza dari golongan-golongan tua ini.

Idea-idea luahan mereka berdasarkan kepada semangat yang membara, memberontak, melawan arus dan sezaman. Atas dasar inilah golongan pelukis muda sangat-sangat dialu-alukan dalam kemunculannya di arena seni Malaysia khususnya.

Dan golongan ini telah membentuk dan menjadi penanda aras dan juga jawapan yang menandakan kebangkitan ataupun mungkin petanda kepada merundumnya seni lukis di Malaysia.

Balai Seni

‘Balai’ adalah ungkapan yang sinonim dengan polis. Apabila disebut balai maka apa yang difahami mungkinnya “..apa salah saya?, ataupun “saya tidak membuat apa-apa kesalahan”. Balai mungkin boleh di metaforakan sebagai ‘penjara’ hasil-hasil karya yang dihasilkan

Jika Balai Seni di iktiraf sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mempromosikan hasil seni Malaysia maka fungsi Balai Seni semestinya seiring dengan tugas anggota-anggota didalamnya.

Anggota ini pula diibaratkan sebagai ‘polis ; mata-mata’ dalam mencari hasil-hasil karya dari pelukis samada pelukis muda atau ‘tua’. Dan sememangnya pula tugas-tugas ini perlu dilakukan sebaik mungkin dengan tidak mendikriminasi golonggan pelukis-pelukis muda yang rebel.

Acapkali kita melihat pelukis-pelukis muda kerap berkarya berkenaan isu-isu yang menarik perhatian. Sebagai contohnya isu-isu sosial, politik, kebudayaan dan ini semua menjurus kepada citarasa, pandangan, persepsi dan perspektif pemikiran-pemikiran pelukis-pelukis muda kontemporari sekarang. Orang-orang muda ini tidak mahu dipandang sebagai golongan ‘mat rempit’ tetapi ‘merempit’ dalam memberikan pandangan dan ini menunjukan satu tanggungjawab dalam membentuk Negara melalui kritikan sosial yang cuba mereka visualkan.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya balai seni dalam memberikan ruang dan peluang kepada mereka dalam menyatakan persepsi mereka terhadap apa yang berlaku dipersekitaran. Jangan lah pula agenda politik menjadi penghalang kepada ketaksuban golongan pelukis-pelukis muda ini sehinggakan keterujaan mereka tidak dapat di diluahkan melalui platform seni yang telah di sediakan.

Pelukis-pelukis muda tidaklah boleh sama sekali dianggap sebagai duri dalam daging. Sesungguhnya pembentukkan seni Malaysia kehadapan adalah berpaksikan kepada kekuatan pelukis-pelukis muda sekarang. Proses kitaran; yang muda akan menjadi tua tidaklah dapat dinafikan. Sesungguhnya yang muda sekarang pastinya akan ‘tua’ di kemudiannya tetapi yang tua masih boleh muda jika pandangan dan pemikiran mereka bergerak seiring zaman, begitu juga yang muda tidak semestinya muda jika masih berfikir didalam kotak. Maka yang pastinya, orang muda mahupun tua hanyalah satu perspektif yang dangkal dan menjadi tugas kita untuk memilih diantara menjadi muda atau tua kerana angka atau sebaliknya. Apa jawapan anda? Tepuk dada tanyalah minda…

07 October 2010

TIPS MELUKIS DENGAN BAIK

oleh Suhaimi b. Tular. 06 Oktober 2010/8.30-9.30 pagi


1. Sudut pandangan: melihat objek dalam pandangan 360 darjah (memahami objek dan keadaan permuk aan objek dengan tepat).
2. Komposisi: merujuk kepada tone. untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, taburan kesan cahaya pa da objek sangat diperlukan untuk mendapatkan lukisan yang baik.
3. 'Understanding of quality material': membezakan antara batu, besi, dan sebagainya.
4. 'Understanding of surface character'.
5. 'Understanding of value theory'.








12 August 2010

PELAJAR IPT TETAP DI LARANG BERPOLITIK - berita harian

Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik. 

 Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus. 

 Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara.

hehe....jangan marah

11 August 2010

13 July 2010

ANAK BAPAK




SELAMAT ULANG TAHUN KE DUA....
UNTUK ANAKKU MUHAMMAD FARISZ DURRANI..

12 July 2010

PENOMENA PAUL PERAMAL MASA HADAPAN

Si sotong peramal menjadi fenomena baru dalam kejohanan bola sepak yang baru sahaja tamat. Kalau di India terkenal dengan burung sebagai penilik, kini Jerman menggunakan sotong. sebanyak 7 kali tekaan si Paul ini adalah tepat. Tetapi adakah ini sekadar kebetulan, takdir mahupun ujian Allah kepada manusia.

 

23 June 2010

Berfikir Diluar Kotak

Kreativiti selalunya dikaitkan dengan kemahiran berfikir diluar kotak. laungan berfikir diluar kotak adalah kata-kata pemikir dunia iaitu Edward DeBono. Pemikiran diluar kotak melibatkan kreativiti menjana idea baru yang diperkenalkan olen beliau dalam tulisannya yang popular iaitu Pemikiran Lateral dan Pemikiran selari.

Berfikir diluar kotak memang sangat penting ketika kita sedang melangkah dalam era semasa ini. Kreativiti tidak akan hadir jika kita mengamalkan pemikiran jumud.

Akan tetapi hasil kreativiti itu akan berhasil jika pemikiran diluar kotak turut disertai oleh masyarakat sekeliling. Hasil-hasil pemikiran diluar kotak tidak akan berjaya jika masyarakat sekeliling tidak turut sama melakukan pemikiran diluar kotak dan mungkin akhirnya kita berseorangan dalam menyatakan pandangan. 

Kreativiti dan inovasi bergerak seiring jika hanya sebelah pihak diluar kotak dan sebelah pihak lagi masih didalam kotak alamatnya kreativiti dan inovasi tidak dapat mencapai tahap yang maksimum.

Maka disinilah fungsi ilmuan-ilmuan ataupun pusat-pusat intelektual memainkan peranan dalam 'mentarbiahkan' masyrakat agar turut sama melakukan pemikiran diluar kotak.

Ironinya ada sesetengah institusi mahupun organisasi melancarkan slogan berfikiran didalam kotak. adakah ini bermakna satu sindiran kepada mereka yang ingin melakukan anjakan paradigma dalam mencetus kreativiti daripada linkungan kebuntuan kreativiti?. Wallahuallam.


06 May 2010

KEBUNTUAN IDEA

Kebuntuan (kebekuan) "idea-idea" ini terhasil apabila individu mahupun organisasi terikat dengan ruang kreativiti dalam jangkamasa yang tertentu. Maka wujudlah kesan tidak langsung seperti kelahiran teori-teori yang baru seperti modernisma kepada supermodernisma dan sebagainya. Teori-teori ini akan mencairkan makna-makna lama(teori lama) dan  akhirnya  terbentuklah gagasan seperti reconstructivisme dan deconstructivime (teori baru).

Kebuntuan idea ini tidak berlaku dalam dunia kreativiti sahaja tetapi merangkumi pelbagai genre.
Ini bukan sekadar dapat dipertontonkan dalam bidang pendidikan barat tetapi juga dapat dilihat dalam dunia akademik islam (dalam konteks dunia ilmuan islam) yang kebanyakannya melahirkan individu yang menghasilkan kajian-kajian baru seterusnya cuba membuat lompatan-lompatan masa yang kontroversi(meminjam ayat dari Dr.El Muhammady).

Golongan-golongan pemikir muda islam melakukan penyelidikan dan membuat keputusan tanpa mengikut 'jalan' yang telah lama diterokai oleh ulama dahulu. Akibatnya berlakunya perselisihan faham dan lagi bahaya disongsangkan oleh golongan-golongan tertentu (berniat jahat).

Proses transisi teori-teori ini adalah kesan perkembangan seiring dengan amalan pasca modernisma yang berlaku sekarang. Jelas dan nyata teori-teori perkembangan ini seiring dengan ilmu fizik, getaran-getran zarah mahupun sebagainya tetapi pastinya adalah milik Allah yang telah berfirman setiap yang hidup pasti akan mati (proses-proses pertumbuhan).

30 April 2010

MY NEW BABY...


Namanya Nur Cinta Airis
Lahir pada 02 April 2010
Masa 6.25 pg di Hospital Teluk Intan Perak
hehehe....

12 April 2010

ADAKAH ANDA SEORANG ARTIS MALAYSIA YANG TERHEBAT?




1. Anda berjaya menjual karya-karya sehingga mencecah beribu-ribu ringgit?.

2. Kebanyakan karya-karya anda lebih bersifat Abstract Expressionism?.

3. Mempunyai pendidikan yang tinggi dan juga seorang ACADEMICIAN?.

4. Mempunyai gaya hidup ala-ala golongan elitis?.

5. Mempunyai pandangan-pandangan yang ’kritikal’?.

6. Kerap berpameran solo mahupun berkumpulan?.

7. Anda mempunyai studio untuk berkarya?.

8. Mempunyai komitmen yang jitu untuk menghasilkan karya?.

9. Anda seorang melayu dan beragama islam?.

10. Adakah anda mempunyai pandangan yang sinis pada orang lain?.



Jika YA sah anda adalah seorang artis Malaysia yang terhebat......hahaha...

17 March 2010

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG KOS-KOS YANG DITANGGUNG OLEH GALERI SENI LUKIS




1. SEWA GALERI     RM 5000-8000
2. KATALOG     RM 7000-10,000
3. KURATOR     RM 2000-4000
4. PHOTOGRAPHER     RM 2800-6000
5. PROMOTER/MEDIA     RM 3000-5000
6. KOS GANTUNG KARYA     RM 200-500
7. STAF GALERI     RM 6000
8. MAJLIS PEMBUKAAN     RM 2000-4000

TOTAL KASAR     RM 37,000

SALES (GALLERY %)     40 %@ 50%


Sumber: En. Muhammad Nazli b. Abdul aziz (Galeri Chandan/Galeri Thr36ixty5ive). Art Business Talk.Uitm Seri Iskandar. Perak. 05 Mac 2010

19 January 2010

ANGGUK-ANGGUK...GELENG-GELENG



Kepada mereka-mereka yang bodoh....
Janganlah me'reka-reka' cerita....
Janganlah meng'api-api'kan isu.....

Janganlah berpolimik....
Janganlah beretorik....
Dan janganlah berpolitik...

Taubatlah...
Insaflah....
Sensitiflah...

02 January 2010

DUNIA SEMAKIN BERUSIA - 2010



SELAMAT TINGGAL ANGKA 2009.....
DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2010
UCAPKAN SEMOGA PERJALANAN PENUH DENGAN HARAPAN DAN IMPIAN...
MOGA DIJAUHI SEBARANG DUGAAN...