Pengintip

02 October 2009

JAPAN FESTIVAL







JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI KE UiTM SERI ISKANDAR PERAK
Date : 5th Oct 2009 (monday)

Time : 12.00 untill 4.00 pm

Programme : 1. Tea ceremony
2. Ikebana
3. Origami
4. Kimono
5. Japanese song Karaoke

Exhibition of Ukiyo -e and Kokeshi Doll : 5th untill 19th Oct 2009

Time of visit : 9 to 4 pm (monday to friday)

20 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDULFITRI






selamat menyambut hari raya aidulfitri...

kemeriahan menyambut hari raya sudah pun bermula seminggu yang lalu...manusia semakin sibuk dengan hal-hal keduniaan, sedangkan ramadan kian hampir ke pemghujungnya.

kemeriahan dari jualan gerai-gerai yang menjual pakaian-pakaian, kuih-muih dan perabut, kasut dan sebagainya...semuanya raya!!!

kita terlalu ghairah menyambut hari raya, mengapa? kenapa tidak ketika menyambut kedatangan ramadan?..

sejak dari tadi (selepas berbuka puasa buat kali terakhir) kedengaran bunyi-bunyian segala macam mercun-mercun dan bunga api seolah-olah sedang berlakunya peperangan dan kekecohan...

bagaimana sahabat kita di palestin...?letupan ini adalah seperti mainan bunga api dan mercun pada mereka...air mata yang kekeringan akibat kekejeman Zionis di bumi Palestin...

dalam menyambut kedatangan hari yang mulia, jangan dilupa kepada sahabat-sahabat kita yang berada didalam kesusahan...

semoga di hari ini, semua muslim didunia berada dalam selamat sejahtera hendaknya...dilindungi oleh Allah dari bala dan wabak-wabak penyakit juga diberi keselamatan hidup di dunia dan akhirat...aminn...

16 September 2009

16 SEPTEMBER 2009

SELAMAT PAGI MALAYSIA
HARI INI HARI APA?
ADA APA-APA KE HARI INI?

APA KHABAR ORANG SABAH?
APA KHABAR ORANG SARAWAK?

SELAMAT ULANGTAHUN!!!

11 September 2009

BERITA TERLEWAT






SERI ISKANDAR - Papan tanda yang memaparkan perkataan Seri iskandar telah roboh selepas berlakunya angin kencang beserta ribut yang berlaku di Bandar Seri iskandar pada hari Rabu yang lalu.Kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.30 tengahari dan dalam masa kurang dari 5 minit.

walaupun hujan yang melanda hanya seketika, sudah cukup untuk menumbangkan papan tanda 'gergasi' yang ada. Kelihatan 'banner' yang dipasang turut tersungkur kebumi. kain rentang yang diletakkan dibawah papan tanda tersebut bertulis 1 malaysia: rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

sehingga kehari ini (11 Sept 2009), papan tanda tersebut belum di perbaiki. Diharap kerja-kerja perbaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin, kerana papan tanda tersebut merosakkan pemandangan dan konsep kain rentang yang di gantung.

12 Sept 2009: tanduk emas

30 August 2009

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Tanah melayu Kali ke 52 (Sabah dan Sarawak?)





Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.


ڤماشهورن كمرديكأن

دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مڠاسيهاني، سڬالا ڤوجي باڬي الله يڠ مها بركواس دان صلوات دان سلام ك اتس سكالين رسول-ڽ.

بهاواسڽ كران تله تيباله ماسڽ باڬي اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو اين منچاڤأي تارف سواتو بڠسا يڠ مرديك لاڬي بردولت سام ستيمڤل كدودوكنڽ دڠن سڬالا بڠسا سلوروه دنيا.

دان بهاواسڽ كران دڠن ڤرجنجين يڠ دسبوت نامڽ ڤرجنجين تانه ملايو تاهون 1957 يڠ دڤربوات انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، مك، تله دڤرستوجوي بهاوا نڬري-نڬري ملايو، ايايت جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، دان ڤراق سرتا نڬري يڠ دهولوڽ ديناماكن نڬري سلت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، مولاي 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957، هندقله منجادي سبواه ڤرسكوتوان بهارو باڬي نڬري-نڬري يڠ برنام ڤرسكوتوان تانه ملايو.

دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق دالم ڤرجنجين ترسبوت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ هندقله درڤد تاريخ ترسبوت ايت تمت درڤد منجادي سباهاڬين درڤد ججاهن تعلوق بڬيندا قوين، دان دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين تيدق لاڬي برحق منجالنكن اڤا٢ كدولتن بڬيندا ك اتس كدوا-دوا بواه نڬري يڠ ترسبوت ايت.

دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق يڠ ترسبوت، ايايت ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1948، دان سڬالا ڤرانجين يڠ لاين يڠ اد سكارڠ انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج اتاوڤون ساله سأورڠ درڤد بڬيندا ايت سبلوم تاريخ يڠ ترسبوت هندقله دبطلكن مولاي درڤد تاريخ ايت، دان سموا كوات كواس دان حق دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين اتاوڤون ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دالم نڬري-نڬري سلت اتاوڤون ڤرسكوتوان تانه ملايو سلوروهنڽ اداله تمت دڠن سنديريڽ.

دان بهاواسڽ كران دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين، دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دان مجليس-مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان دان نڬري-نڬري ملايو تله ملولوسكنڽ، ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1957 ايت برجالن كوات كواساڽ.

دان بهاواسڽ كران سواتو ڤرلمباڬان باڬي كراجأن ڤرسكوتوان تانه ملايو تله دتنتوكن منجادي سواتو كانون يڠ معتمد باڬيڽ.

دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت، مك، اد دسدياكن شرط اونتوق منجاڬ كسلامتن حق-حق دان كاوتامأن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج سرتا حق-حق اساسي دان كبيبسن سكالين رعيت دان اونتوق مماجوكن ڤرسكوتوان تانه ملايو دڠن امان دان داماي سرتا تراتور سباڬاي سبواه كراجأن يڠ ممڤوڽاءي راج يڠ برڤرلمباڬان يڠ برداسركن ديموكراسي چارا ڤرليمين.

دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ داداكن اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت تله دلولوسكن اوليه سواتو اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكه اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان سرتا دڠن اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكن اوليه نڬري-نڬري ملايو دان دڠن كتتڤن-كتتڤن دالم مجليس اوندڠن نڬري ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، دڠن دمكين ڤرلمباڬان ايت تله برجالن كوات كواساڽ ڤد 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957.

مك، دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها مڠاسيهاني، ساي تونكو عبدالرحمن ڤوترا ابن المرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شه، ڤردان منتري باڬي ڤرسكوتوان تانه ملايو، دڠن ڤرستوجوان دان ڤركنن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج نڬري-نڬري ملايو دڠن اين ممشهوركن دان مڠيشتهاركن باڬي ڤيهق اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو بهاوا مولاي تيڬ ڤولوه ساتو هاري بولن اوڬوس تاهون سريبو سمبيلن راتوس ليما ڤولوه توجوه، مك ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ مڠاندوڠي نڬري جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، ڤراق، ملاك دان ڤولاو ڤينڠ دڠن ليمڤه رحمة الله سبحانه وا تاءالا اكن ككال منجادي سبواه نڬارا يڠ مرديك دان بردولت سرتا برداسركن كبيبسن دان كعاديلن دان سنتياس منجاڬ دان مڠوتاماكن كسجهترأن دان كسنتوسان رعيتڽ دان مڠكلكن كامانن انتارا سڬالا بڠسا.

rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia

20 August 2009

5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1






BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.
“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

- BERNAMA

01 August 2009


H1N1
Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.
Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.Permulaan Konspirasi Selsema BabiTidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi.
Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.Perkara itu ialah …Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.
Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau.
Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.
Amerika Dalang Wabak Selsema BabiSeperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke.
Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.Pembinaan Senjata BiologiJika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut.
Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.
Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.
Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak. Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai.
Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.Pembukaan Semula Program Senjata BiologiSemenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.
Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.
Kesimpulan
Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;* Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003* Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.* 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.
Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi.
Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi.
Beliau berkata dengan penuh yakin;“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;“I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.
Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.
Siapa sebenarnya Giora Eiland?Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.
Program Pembinaan Senjata Biologi IsraelProgram senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.
Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.
Kerapuhan Sistem Keselamatan IsraelWalaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.
Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.
Kesimpulan
Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;“ISRAEL ADALAH DALANG KEPADA PELBAGAI WABAK DUNIA!!.”Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.sekadar itu sahaja perkongsian untuk entry kali ini, diharap sedikit sebanyak menyedarkan kita tentang musuh-musuh Allah sedang berusaha menjatuhkan Islam dan menjauhkan kita dari Al-Furqan. Nauzubillahi min zalik!wallahu'alam, wasalam
(dipetik dari blog kerabubersuara.blogspot.com dengan sedikit perubahan)

22 June 2009

SENI PROPAGANDA DALAM FILEM




















Sejak kebelakangan ini, propaganda telah menjadi agenda utama penerbit-penerbit filem untuk ’merasuah’ penonton dengan agenda yang tersembunyi. Tidak menghairankan agenda-agenda ini sebenarnya telah dimulakan sejak sekian lama lagi.

Penerbit-penerbit filem mahupun drama bersiri, sentiasa dilimpahi dengan modal dalam memberi satu cereka fantasi yang boombastik kepada penonton. Sehinggakan agenda-agenda ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Agenda-agenda tersembunyi ini sebenarnya bukan hanya berlaku dalam perfileman. Bahkan melibatkan keseluruhan sistem yang ada dan diguna pakai.

Memetik tulisan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad 31 Mei 2009 yang ditulis oleh Mohd Hilmi Abdullah Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam, Falkulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan sultan Idris , yang bertajuk Anak Zina: Wira Hollywood.

Beliau mengambil filem Terminator Salvation sebagai kupasan dan apa yang beliau gambarkan adalah melihat subjek utama filem (hero) sangat berlawanan dengan perspektif dan konteks dalam agama islam.

Bagi peminat filem Terminator, sudah tentu mengetahui jalan cerita filem tersebut. Memetik penulisan Mohd Hilmi abdullah, filem ini mengambarkan seorang lelaki yang bernama Kyle Reese dari masa hadapan kembali kemasa lampau untuk menyelamatkan wanita yang bernama Sarah Connor daripada dibunuh oleh Cyborg.

Dalam usaha menyelamat itu, Kyle Reese telah berzina dengan sarah Connor dan telah melahirkan anak lelaki yang bernama John Connor. Seterusnya beliau menambah, remaja anak zina itulah yang akan menjadi pemimpin agung bagi manusia akhir zaman.

Antara filem lain yang dikupas, adalah filem Kingdom of Heaven, yang juga digambarkan sebagai anak zina yang akhirnya juga menjadi pemimpin yang berani dan berhati mulia.

Jika dilihat dari tulisan tersebut, perkara yang dibincangkan adalah mengangkat anak zina sebagai hero (wira). Ironinya wira ini digambarkan sebagai penyelamat dunia.

Ini hanyalah beberapa contoh agenda-agenda tersembunyi yang cuba meracuni minda masyarakat timur, khususnya penganut agama islam.


KOMPONEN FILEM

Dalam sesebuah filem, pendekatan yang popular seringkali digunakan dalam mempengaruhi minda (elemen propaganda) adalah tatabahasa visual yang digunakan.

Tatabahasa visual ini melibatkan elemen-elemen teras seperti penceritaan (naratif) yang bersifat luaran dan konten (isi).

Antara dua sisi elemen yang diguna pakai ini, kita seringkali telah ’dilupakan’ oleh elemen hasutan yang ditontonkan. Elemen hasutan inilah yang dikaitkan dengan propaganda didalam filem.

Elemen hasutan ini, adalah manifestasi dari gagasan pengetahuan ilmu psikologi. Elemen psikologi ini dikenali sebagai psikologi saranan. Kaedah yang diguna pakai ini, adalah tindakan yang licik dan diguna pakai bukan hanya didalam filem tetapi merangkumi pelbagai cara.

Sebagai contohnya, psikologi saranan ini digunakan secara meluas didalam mengiklankan barangan (produk) di saluran televisyen dan juga dalam siaran radio. Pengeluar-pengeluar produk makanan hinggalah ke produk-produk yang barangan peribadi. Sehimggakan sanggup menghabiskan berpuluh ribu dalam mengiklankan barangan mereka.

Ini kerana konsep saranan ini sangat berkesan dalam mempengaruhi kehidupan penonton. Jika iklan McDonald ditayang, diulang-ulang, disogokkon dalam minda penonton terutamanya kanak-kanak kecil, maka tidak hairanlah kalau kanak-kanak yang terserempak dengan restoren McDonald akan dipengaruhi dan mendesak untuk membelinya.

Masyarakat massa

Dalam buku yang ditulis oleh Shahrom TM Sulaiman, Realiti dan Ilusi: Kehidupan Maya Dalam Era Siber menyatakan, semua yang berlaku ini ada kaitan dengan perubahan gaya hidup dengan segala macam simbolnya yang di saat ini tengah menggoncang struktur kesedaran manusia.

Masyarakat massa sebenarnya cenderung terserap dalam keperkasaan kebudayaan popular yang kian hegemonik dengan segala macam kecanggihan sifatnya. Gaya hidup telah menjadi ’komoditi’ yang diperniagakan dan telah mempengaruhi kehidupan sehingga orang lebih mementingkan ’kulit’ daripada ’isi’ lalu menimbulkan semacam suatu ’ekstasi’ (keseronokkan) gaya hidup popular.

Gaya hidup

Gaya hidup menurut Yusuf Amir Piliang (Shahrom TM Sulaiman,2001), merujuk satu kombinasi dan keseluruhan dari cara, tata, kebiasaan, pilihan serta objek-objek yang mendukungnya, yang mana perlaksanaanya dilandaskan oleh sistem nilai atau sistem kepercayaan tertentu.

Gaya hidup sebenarnya suatu pengungkapan makna sosial dan budaya. Setiap bentuk penggunaan waktu, ruang dan objek mengandungi di dalamnya aspek-aspek pertanyaan, simbol dan semiotik yang mengungkapkan makna sosial dan budaya tertentu.

Gaya visual tidak dapat dipisahkan dari gaya hidup. Dalam era globalisasi informasi, gaya visual yang berperanan besar dalam membentuk gaya hidup adalah iklan. Iklan tidak saja merepresentasikan gaya hidup bahkan juga ’menaturalisasikannya’. Terdapat perbezaan mendasar antara cara iklan masa kini merepresentasikan gaya hidup dibandingkan masa sebelumnya.

Dimasa kini, gaya hidup yang ditawarkan iklan menjadi lebih canggih dan beraneka ragam dan lebih bebas sifatnya. Iklan tidak lagi menekankan citra kelas tertentu melainkan citra ’neutral’ yang mudah diikuti dan ditiru oleh setiap orang. Disamping itu, gaya hidup juga dibentuk oleh mosaik-mosaik objek sehingga membentuk semacam super-sign, misalnya gaya rambut, gaya bicara, gaya pakaian sebagaimana yang terlihat pada kelompok sub-budaya seperti hippies, punk rock, the rich and the famous dan sebagainya.

Ekstasi

Ekstasi menurut Jean Baudrillard (Shahrom TM Sulaiman 2001), adalah suatu keadaan mental dan ’spiritual’ yang mencapai titik puncaknya, ketika jiwa secara tiba-tiba naik ketingkat pengalaman yang jauh lebih dalam dibandingkan dengan kesedaran sehari-hari, sehingga pada ketika itu muncul semacam kemampuan diri dan kebahagiaan yang luar biasa.

Gaya hidup manusia hidup seumpama dialam mimpi, ilusi, fantasi, dan halusinasi estetika yang dibentuk tadak hanya dalam pengertian sosio-ekonomi dan politik tetapi juga ideologi. Lantas gaya hidup (lifestyle) menjadi segala-galanya dan segala-galanya adalah gaya hidup.

Kebudayaan Popular

C.W.E Bigsby (Shahrom TN Sulaiman 2001), pula menyifatkan kebudayaan pop atau popular sebagai ”the child of technology” yang sekaligus menjadi ”Symbols of new brutalism”.

Dalam kebudayaan pop, citra (image) telah menggalahkan kenyataan (reality). Kekuatan citra inilah yang mewarnai apa yang disebut oleh Milan Kundera (Shahrom TN Sulaiman 2001) sebagai kemenangan “imagology”. Dalam hal ini, pengeluar atau produser budaya citra adalah juga produser “ideology” dan sekaligus pendefinisi kenyataan.

MEKANISMA OTAK

Idea saranan dalam psikologi menonton filem mahupun sebarang bentuk visual ini, dapat dikaitkan dengan kemampuan otak dalam mengeluarkan memori yang terpahat.

Idea untuk mempropagandakan gagasan dalam idea adalah berdasarkan ilmu psikologi yang dipopularkan oleh Sigmund Frued. Jika dilihat otak manusia yang terdiri dari tiga komponen iaitu, minda sedar, minda bawah sedar dan minda separa sedar.

Kemampuan otak yang berfungsi sebagai perakam kaset telah diguna pakai oleh para-para penghasut dalam menjayakan propaganda ini. Minda separa sedar inilah yang telah bertindak balas dalam menerima signal-signal dalam filem yang dipertontonkan (akan dibincangkan dalam tulisan yang lain).


KOMPONEN LUARAN: FILEM

Sudah menjadi kebiasaan bagi penonton filem dari barat jika tidak disajikan dengan adegan-adengan yang bercanggah dengan agama dan budaya. Ditambahi lagi filem-filem itu ditayangkan di negara-negara islam.

Dan tidak menghairankan jika hari ini, kita lihat penonton-penonton sudah ’biasa’ dengan adegan-adegan seperti bercium, berpeluk, berzina dan sebagainya. Sehinggakan ibu-bapa turut ’mengheret’ anak-anak dalam menyaksikan adegan seperti itu.

Pembelajaran secara tidak langsung itu telah meresapi anak-anak kecil dalam menerima perlakuan itu sebagai tidak bercanggah dengan adab dan budaya, walaupun menyakini perbuata tersebut menyalahi agama.

Jika penonton merasakan adegan itu adalah adegan yang ’dibolehkan’ (sebagai hiburan), maka agenda jahat ini telah berjaya disemai dalam otak. Jika diimbas peristiwa sejarah yang berlaku ketika tercetusnya Peperangan Salib, dimana King Richard (digelar Lion Heart), telah dipenjara dan berjaya menghantar nota dari penjara kepada pengikut-pengikutnya.


MEMBACA SEJARAH

Antara kandungan nota yang dihantar oleh Richard itu adalah menjelaskan bahawa peperangan dengan umat islam tidak akan berkesan jika berperang dengan tenaga (berlawan senjata). Beliau mengatakan peperangan senjata tidak akan berjaya terhadap umat islam kerana, orang-orang islam mempunyai semangat jihad.

Cara yang berkesan dalam meruntuhkan semangat orang islam ini adalah dengan menggunakan cara yang sangat licik iaitu secara halus. Menggunakan muzik, hiburan, melalui makanan (memberi makanan haram), minuman, melalui budaya, ekonomi dan sebagainya.

Rancangan-rancangan ini telah berjaya dijalankan dengan usaha-usaha pihak musuh-musuh islam hingga ke hari ini.


HEGEMONI TELEVISYEN

Dalam buku yang ditulis oleh Shaharom Tm Sulaiman (2001), Seorang pakar yang bernama George Gerbner pernah mengatakan bahawa televisyen adalah agama masyarakat industri. Sebagai ’agama baru’, televisyen telah meminggirkan agama-agama konvensional. Khutbahnya didengar dan disaksikan oleh jamaah yang lebih besar daripada jamaah pun. Rumah ibadatnya tersebar diseluruh pelusuk bumi; ’ritual-ritualnya’ diikuti dengan penuh khusyuk dan boleh jadi banyak menggetarkan hati dan mempengaruhi bawah sedar manusia daripada ibadah agama-agama yang pernah ada.

Pandangan ini turut dikongsi oleh Gregor T.Goethals dalam The TV Ritual: Worship at the Video Altar (1981), yang melihat televisyen disarati oleh muatan-muatan ’makna ideologis tersembunyi’ yang muncul semata-mata melalui satu cerita yang disusun atau iklan membujuk manusia. Sifat simulasi televisyen telah mampu menyuntikan makna-makna seolah-olah ada pada televisyen, meskipun sebenarnya hanya sebuah ”fantasi”, sebuah ”realisme khayalan”. Akhirnya televisyen mampu memulas kenyataan sosial, sehingga realiti yang tampil di televisyen menjelma menjadi ”dunia citra” yang tidak semestinya benar.

Bagi pengamat komunikasi sosial, Chris Barker pula menyatakan, ”budaya hegemoni televisyen yakni zaman penguasaan imej adalah menakutkan kerana kebanyakan imej itu masih kita tidak fahami. Empayar televisyen mengikuti undang-undang yang belum kita faham yang tiada sesiapa pun boleh mengawalnya. Jarang sekali terdapat ciptaan yang begitu bebas sekali daripada kawalan penciptanya”.


YAHUDI DAN BARAT

Terus terang dinyatakan disini, disebalik apa yang dikatakan ini adalah kerja-kerja jahat Yahudi (Gerakan Zionis) dan barat (didokongi oleh yahudi yang membiayai pilihanraya dan ekonomi amerika) keatas umat islam.

Antara filem-filem yang sarat dengan agenda-agenda tersembunyi yang dimainkan pihak Zionis, dalam meracani pemikiran dan adab ketimuran (khususnya islam) antara lain adalah seperti filem The Matrix, Chonicle of Riddick, Planet of the Apes, Star Wars, drama bersiri seperti Lost, dan tidak ketinggalan siri-siri animasi seperti X-Men, Spiderman, Superman dan banyak lagi.

Jika kita melihat, memerhati dan mengkaji, pastinya kita akan menjumpai kaitan filem dan cerita yang disebutkan tadi penuh dengan ajaran agama, kepercayaan dan keyakinan golongan-golongan yahudi yang menyakini akan munculnya ’The Messiah’ (utusan akhir zaman: yang dianggap sebagai penyelamat bagi kaum yahudi/tetapi sebenarnya adalah perosak dunia, al-masih dajjal).

Amerika Syarikat adalah negara yang didokongi oleh gerakan zionisma dalam menghancurkan kaum selain daripada yahudi. Maka tidak hairanlah jika dilihat pada hari ini, Amerika telah menjadi kuasa dunia dalam segala bidang.


PENDOKONG GERAKAN PROPAGANDA

Selain gerakan Zionis, gerakan seperti Freemansory telah memainkan peranan yang penting dalam melancarkan agenda tersembunyi tersebut.

FREEMANSORY

Menurut Muhammad Fahim Amin dalam Rahsia Gerakan Freemansory dan Kelab Rotary (1998), Freemansory adalah terdiri dari dua kata, iaitu ”free” dan ”mason”. Free bermaksud merdeka dan mason ertinya tukang bangunan (lihat filem National Treasure 1, gerakan freemansory berperanan dalam menubuhkan negara Amerika Syarikat: nota penulis).

Freemansory adalah organisasi Yahudi antarabangsa yang tidak ada hubungan dengan tukang-tukang bangunan yang terdapat pada abad-abad pertengahan. Juga tidak ada hubungan dengan kegiatan pembangunan kapal atau gereja besar seperti yang banyak diduga oleh sebahagian orang.

Organisasi freemansory ini selalunya bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosak kehidupan politik, ekonomi dan sosial di negara yang didukinya. Ia juga berusaha merosak bangsa dan pemerintahan non-Yahudi (Goyim).

Tujuan akhir dari gerakan ini adalah mengambilalih banguna Haikal Sulaiman yang terletak diMasjidil Al-aqsa, daerah Al-Quds yang diduki oleh Israel.


TUJUAN RAHSIA FREEMANSORY DALAM MEWUJUDKAN TUJUAN UTAMA ZIONISMA

Meletakkan lima tujuan yang disepakati, tetapi yang menjadi fokus dalam penulisan ini adalah tujuan ketiga, keempat dan kelima iaitu:

3. Memasukan sebahagian fikir untuk menjauhkan agama dan negara dari para penguasa.
4. Memasukan pengaruh terhadap ketetapan politik, ekonomi, sosial dan budaya di seluruh dunia.
5. Mengerahkan orang-orang upahan dan menyebarkan perisik, untuk mewujudkan tujuan-tujuannya yang jahat itu. Menggunakan pelbagai helah, alasan, kebohongan dan cadangan yang jahat, dengan cogan kata : ”Tujuan menghalalkan cara”.


PERTUBUHAN LAIN SEBAGAI PENGGANTI FREEMANSORY

Dalam buku ini lagi, dinyatakan pertubuhan yang ditubuhkan adalah bertujuan sama dengan gerakan Freemansory dalam memerangi agama untuk memudahkan racangan-racangan Zionis.

Perkara ini berlaku pada tahun 1903, ketika Theodore Hertzl mengadakan kongres Zionis. Terdapat tiga cara yang dipersetujui dalam melaksanakan agenda tersebut. Salah satu dari agenda tersebut adalah menubuhkan pertubuhan yang bertujuan sealiran dengan Freemansory tetapi dengan nama yang berbeza.

Pertubuhan tersebut adalah seperti, Pertubuhan Cahaya, Kelab Rotary, Kelab Lions, Pertubuhan Yoga dan lain-lain lagi.


PERTUBUHAN CAHAYA

Pertubuhan Yahudi ini diasaskan oleh Adam Weishaup. Dia adalah seorang tokoh agama Kristian. Tetapi kemudian murtad daripada agamanya, lalu menubuhkan Majlis Timur Raya. Majlis ini dimaksudkan sebagai pusat kegiatan rahsia dalam rangka menegakkan sebuah pemerintahan dunia.

Langkah dalam merealisasikan tujuan tersebut antara lain yang menarik dipaparkan disini adalah:

Menguasai media massa, baik berupa surat khabar, radio dan sebagainya. Melalui media massa ini, diketengahkan berita-berita dan pengetahuan yang dapat menyakinkan orang, bahawa pemerintahan antarabangsa (satu agama dan satu bahasa), merupakan satu-satunya cara untuk dapat menyelesaikan masalah Antarabangsa. Media massa ini dipergunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Zionis Antarabangsa baik yang berselindung mahupun yang terang-terangan, seperti Freemansory dan sekutunya hingga sekarang.


KESIMPULAN

Propaganda adalah satu gerakan licik yang dijalankan oleh yahudi di serata dunia. Gerakan ini berusaha dalam merosakkan sistem agama islam dengan menghilangkan roh pada orang muslim.

Apabila roh yang ada pada orang muslim berjaya diresapi, maka tidak hairanlah jika dilihat pada hari ini kesan yang berjaya mereka dapati. Setelah merancang bertahun-tahun akidah umat islam berjaya dipesongkan. Walaupun orang islam itu mengaku beragama islam, tetapi hakikat yang nyata adalah sebaliknya.

Maka tidak hairan juga, jika diteliti hadis nabi berkenaan akhir zaman yang menyatakan peristiwa pada akhir zaman nanti, iaitu:


Daripada Tsuban r.a berkata: Rasullullah saw, bersabda; ”Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, ”Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw menjawab, ”Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakan kedalam hati kamu penyakit ’wahan’. Seorang sahabat bertanya: ”apakah wahan itu hai Rasullullah?”. nabi kita menjawab: ”Cinta pada dunia dan takut pada mati”.

Berjayakah mereka???.



NOTA

- Abu Ali Al-banjari An-nadwi (2007). Peristiwa Akhir Zaman. Khazanah Banjariah. Kedah Darulaman.

- Muhammad Fahim Amin (1998). Rahsia Gerakan Freemansonry & kelab Rotary. Pustaka Syuhada. Kuala Lumpur.

-Mohd Hilmi Abdullah (31 Mei 2009). Mingguan Malaysia.

-Shahrom TM Sulaiman (2001). Realiti Dan Ilusi: Kehidupan Maya Dalam Era Siber. Mahzum Book Services. Kuala Lumpur.





28 April 2009

Amalan Praktis Seni

Amalan Praktis Seni
KERANGKA MODENIS LWN KERANGKA PASCA MODENIS

Kerangka modenis antara ciri yang selalu digunapakai dan menjadi keutamaan dalam berkarya adalah menekankan prinsip bahawa karya seni itu mesti mengandungi 'content'. Konten ini bermaksud setiap parya seni mempunyai tujuan dan maksud tertentu yang ditonjolkan melalui beberapa kaedah seperti penggunaan ikonografi, metaphora dan sebagainya.

Manakala mengikut acuan dan kerangka pasca modenis, karya seni telah berevolusi dari penekanan 'content' kepada elemen 'context'. Konteks bermaksud isu yang diketengahkan, adakah releven dengan perkembangan semasa.


SEJARAH MALAYSIA DAN PERKEMBANGAN SENI SEMASA

Beberapa persoalan yang mungkin timbul berkenaan isu diatas:
1. Adakah amalan praktis pelukis-pelukis masih dalam
kerangka modenis atau Pasca modenis?
2. Jika kerangka modenis yang menjadi pilihan, adakah ini
menunjukkan perkembangan seni di Malaysia adalah
ketinggalan berbanding dengan negara asean yang lain
seperti Indonesia, China, Singapura dan sebagainya?
3. Jika amalan praktis seni menampakkan kepada ciri-ciri
pasca modenis, adakah karya-karya yang terhasil sebelum
ini menggambarkan maksud tersebut?
4.Nyatakan kerangka apa yang digunapakai, berdasarkan
kepada bidang-bidang tertentu seperti: Seni, Arkitek,
Bahasa, Pengajian, Ekonomi dan sebagainya?


MENGHARAP PERUBAHAN DARI 'CONTENT TO CONTEXT'

Salah satu ciri-ciri pasca moden adalah 'bergerak pantas'. Contohnya sangat mudah jika kita melihat pada perkembangan teknologi semasa seperti sms, mms, internet dan sebagainya yang menggantikan 'teknologi lama'(contohnya surat).

Perkembangan semasa menjadikan manusia bergerak pantas, bukan pada teknologinya sahaja tetapi perubahan ini berlaku dalam segala aspek.

Contohnya lagi perkembangan teknologi pengangkutan dari kereta lembu kepada kereta dan seterusnya kapal terbang (tidakkah ini menjadikan perjalanan semakin singkat masanya?/hanya beberapa contoh).

Dengan perkembangan yang berlaku sekarang maka tidak hairanlah manusia kadang-kadang telah bertukar sifat 'materialistik', menjadi hamba pada masa dan kehendak.

Ciri-ciri perkembangan pasca moden ini telah merasang dan boleh dipraktikan dalam perlaksanaan karya seni.

Karya seni yang mengikut kerangka teori pasca moden, hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Simple/Cepat
2. Complex/Padat
3.Context/Situasi


KESIMPULAN

Perkembangan semasa selalunya mudah mempengaruhi generasi yang lahir pada masa itu, sebagai contoh generasi mudah mudah 'stim' dengan teknologi semasa.

Dibandingkan dengan generasi lama yang masih mengekalkan pandangan lama (mungkin dilihat terlalu ego dalam menyatakan pandangan sehingga tidak mahu membuka pandangan pada perspektif baru), dan generasi lama ini juga agak tidak bersetuju dengan pandangan dan pegangan generasi baru.

Jika dilihat dalam bidang-bidang tertentu, kebanyakan perubahan-perubahan yang berlaku ini agak perlahan. Ini kerana ilmuan atau pakar-pakar dalam bidang ini agak 'lambat' untuk menerima perkembangan semasa sebagai amalan praktis.

Kadang-kadang kerangka yang dipakai berubah-ubah. Tetapi yang pastinya perkembangan ini menjanjikan kehidupan kita kadang-kadang kehadapan dan kadang-kadang terkebelakang jika dibandingkan dengan orang/negara lain.

03 April 2009

Seni Video



Seni video adalah istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada karya yang menggunakan peralatan video, televisyen sebagai medium untuk berkarya dan menggunakan peralatan teknologi dalam pelbagai cara.


Sejarah Ringkas Perkembangan Seni Video

Seni Video merujuk kepada karya yang menggunakan media Video sebagai karya seni. Syarikat Sony adalah yang bertanggungjawab kepada lahirnya seni video pada tahun 1965 dan telah memperkenalkan portable video recording camera dan dikenali sebagai Portapak.

Rakaman yang telah dibuat boleh disimpan didalam kaset (tape) dan boleh dipadam (erase/delete) serta boleh diguna pakai kembali (re-recorded). Kemampuan media ini membolehkan signal video dihantar ke lebih satu monitor dan penggunaannya yang sangat fleksibel dalam mempersembahkan rakaman itu kembali.


Kronologi Perkembangan Seni Video

Perkembangan seni video adalah hasil dari evolusi medium tradisi yang digunapakai dalam menghasilkan karya (seni visual). Perkembangan medium ini seiring dengan perkembangan industri, globalisasi dan kemajuan yang tercipta hasil dari penciptaan teknologi-teknologi terkini.

Sebagai contohnya, media Fotografi adalah hasil dari resapan pengaruh catan barat (western painting), dan kemudiannya fotografi memainkan perananya pula dalam mempengaruhi seni catan. Manakala Sinematografi (seni perfileman) pula berkembang dan meneruskan prinsip-prinsip asas daripada media fotografi (still photography).

Media televisyen pula terhasil dari pengaruh catan, fotografi, dan sinematografi. Kadangkala kita tertarik dengan kecantikkan filem dan video ini kerana visualnya seperti catan kerana media televisyen dan imej-imej fotografi ini dipengarui oleh visual tradisi dan seni persembahan (performing arts).

Secara ringkasnya medium kamera dan komputer ini adalah hasil pengaruh elemen-elemen tradisi dan merupakan proses evolusi yang berkembang sehingga sekarang.

31 March 2009

Islam Adalah Cara Hidup



Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka lebih dari 50 tahun yang lalu. dalam perlembagaan Orang Melayu telah di justifikasikan sebagai orang yang beragama islam. Dan malaysia adalah negara islam. Tetapi apakah islam itu hanya pada ajaran sahaja?.
Dibawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah menerapkan ideologi islam (Islam Hadari/prinsip-prinsip islam hadari) walaupun pakatatan pembangkang mengatakan Malaysia bukan negara islam).


Islam
Persoalan antara islam atau tidak (Malaysia) bukanlah pekara yang ingin dibincangkan disini. Berbalik kepada tajuk diatas (Islam adalah cara hidup), islam adalah ajaran yang "syumul" atau menyeluruh yang bukan sahaja perlu dipraktikkan oleh orang-orang islam tetapi hakikatnya perlaksanaan sistem yang digunapakai sekarang telah membuktikan islam itu sentiasa releven pada masa, keadaan, tempat dan sebagainya.


Syumul
Islam adalah "..way of life..". Islam itu selalunya difahami hanya bersifat kepada amalan kehidupan dalam beribadat. kadangkala islam itu pun dipandang serong jika dikaitkan dengan Politik (bagaimana Nabi Muhammad S.A.W memerintah negara islam yang berpusat di Madinah dan kota Mekah? adakah itu politik?, bagaimana menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin dan bagaimana beliau mentadbir?).
1) Sosial
Keadaan semasa negara Malaysia akhir-akhir ini sangat membimbangkan kerana akibat dari fenomena yang dikenali sebagai zaman Globalisasi/ zaman ict (informasi dan teknologi) telah mengakibatkan umat-umat islam terpesong dari ajaran Islam sehinggakan berlakunya gejala-gejala yang membimbangkan seperti kejadian merogol, merompak, menbunuh dan sebagainya.
2) Politik
Perkembangan politik semasa juga mempunyai impak kepada kita, sebagai contohnya kes-kes seperti Rasuah Wang, Habuan Seks, Kronisme, Projek-projek pembangunan yang haram, Balak dan sebagainya.
3) Contoh 1 (Perbankan Islam)
Islam itu tidak hanya pada perlaksanaan pada sistem sosial mahupun politik, tetapi islam juga melibatkan sistem kewangan (ekonomi). adalah lucu jika bank-bank antarabangsa seperti Hong Leong menggunakan label Hong Leong Islamic bank. bank-bank tempatan pun turut menawarkan urusan kewangan islam seperti Public Islamic bank, maybank
islamic bank.
Yang kelakarnya lagi bank-bank tersebut mengiktiraf dan sangat arif perlaksanaan kewangan berasaskan islam.
Adakah ini menunjukkan sistem kewangan islam diiktiraf?. Adakah terdapat sistem perbankan berdasarkan ajaran lain seperti Buddha, kristian dan sebagainya?.
Sehinggakan pakar-pakar ekonomi mengatakan ekonomi dunia tidak akan terjejas jika diamalkan sistem kewangan berasaskan islam! (kegawatan yang berlaku adalah akibat dari sistem kapitalis yang diguna pakai). Sistem-sistem kewangan islam tidak mempunyai unsur-unsur yang meragukan, tiada 'bunga' dan tidak 'menekan' pengguna.
4) Contoh 2 (Bidang Kesenian)
Bidang-bidang kesenian yang biasanya adalah terdiri dari persembahan nasyid, puisi, pementasan, filem dan sebagainya.

Radical Change in a style and artist's own process of evaluation

Satu contoh menunjukkan islam itu 'syumul' dan kesan-kesan pengaruh islam dalam bidang kesenian adalah karya seperti dibawah:

Karya ini dihasilkan oleh Henri Matisse pada tahun 1897 berasaskan media cat minyak atas kanvas. Karya ini dihasilkan oleh Matisse sebelum berlakunya perubahan dalam karya beliau (belum adanya lagi pengaruh dan kefahaman islam dalam karya ini)


karya 1
Tajuk: La Desserte
Tahun: 1897
Media: Oil on Canvas
Saiz: 39.5" x 51.5"



Karya 2

Tajuk: Harmony In Red
Tahun: 1908-1909
Media: Oil on Canvas
Saiz: 72" x 97"


Karya diatas adalah kesinambungan karya yang pertama setelah berlakunya proses evolusi dalam karya Matisse setelah beliau menjelajah ke negara seperti Algeria dan Morocco. Sepanjang perjalanan beliau kesana, pengaruh-pengaruh lukisan islam (paten-paten seni islam) telah meresap dalam lukisan-lukisan Matisse selepas itu.
Perubahan secara radikal ini telah pun berlaku dan mempengaruhi Matisse dalam karya sehinggakan pameran-pameran setelah perjalanan beliau ke negara-negara islam telah memberi kesan dan impak pada dunia seni hingga lahirnya aliran baru Fauvism.
Kesimpulan
Islam itu menyeluruh meliputi aspek spiritual/rohani/batin dan alamiah/fizikal/material. Islam juga meliputi dari semua segi, dari aspek sosial, agama, politik, cara hidup, ekonomi, hiburan, pentadbiran, perundangan, kehakiman, diplomasi dan sebagainya.




30 March 2009

pasca pameran simpang ampat (karya:mohd farizal puadi)

Kesah Nostradamus Dengan Peristiwa Santapan malam Yang Terakhir

Orang Suci 1





Orang Suci 2






Orang suci 3





Orang Suci 4








Orang suci 5








Orang Suci 6




A) Abstrak

Idea utama dalam perlaksanaan karya bertemakan islam (kepercayaan) ini adalah dari kupasan penulis mengenai 40 Hadis: Peristiwa Akhir Zaman. Penulis cuba menvisualkan hadis-hadis nabi dalam konteks semasa.

Sebagai seorang yang beragama islam kepercayaan kepada Tuhan (Allah) dan rasul adalah rukun iman. Wajib setiap orang beragama islam memahaminya.

Karya ini cuba mengambil pendekatan mengenai meramal masa hadapan dalam konteks kepercayaan (muslim believe). Menjadi peramal masa hadapan seperti Nostradamus yang terkenal tetapi sebenarnya berdasarkan kepada hadis nabi.

Tidak seperti Nostradamus (seorang penipu) yang juga meramal masa hadapan daripada sebuah kitab yang dicuri oleh nenek moyangnya.(dibawa keluar dari gereja di ROM Vatikan City (menurut penulis Muhammad Isa Dawud) sebenarnya adalah hadis oleh nabi Muhammad s.a.w tentang masa hadapan).


Daripada Ummul Mu’min, Zainab binti Jahsy (isteri Rasullullah s.a.w), beliau berkata: "(pada suatu hari) Rasullullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, la ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan ma’juj seperti ini", dan baginda menemukan ujung ibu jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab) binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasullullah ! apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?". lalu Nabi saw. Bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R Bukhari Muslim


Abu ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad fahmi Zamzam) .40 Hadis: Peristiwa akhir zaman (edisi baru). Khazanah Banjariah. Kedah. 2007



B) Idea

Penghasilan karya ini adalah bertumpu kepada dua garapan cerita yang digabung sekali.

1. Nastradamus sebagai seorang peramal yang hebat pada pandangan masyarakat sekarang
(termasuklah oleh orang islam).
2. Peristiwa The Last Supper. ( salah satu karya yang bertemakan keagamaan yang banyak
dihasilkan pada abad yang ke-15/ mempunyai pelbagai versi)

Karya yang akan dihasilkan nanti adalah merangkumi dua cerita seperti yang disebutkan diatas yang digunakan sebagai metafora dalam menceritakan isu semasa sekarang.

Karya ini diberi judul NOSTRADAMUS DENGAN PERISTIWA SANTAPAN MALAM TERAKHIR (6 JAHANAM/Orang suci 1,2,3,4,5 dan 6.)

Karya ini berdasarkan kepada hadis-hadis ramalan yang ditulis oleh Al-Banjari (rujuk bukunya diatas). Manakala lukisan The Last Supper pula, dirujuk sebagai komposisi untuk menyokong hadis yang cuba diketengahkan dengan menggunakan peramal yang terhebat (kononnya) iaiti Nostradamus.

Nostradamus disini bukanlah Nostradamus yang sebenarnya tetapi divisualkan dengan gambaran wajah pelukis sendiri (Mohd Farizal Puadi), seolah-olah seperti monolog dalam diri.

Ramalan-ramalan yang digambarkan dalam lukisan itu nanti adalah dalam konteks peristiwa yang berlaku di Malaysia. Dan kebanyakkan isu yang cuba penulis garapkan adalah berkenaan politik semasa Isu-isu seperti rasuah, pecah amanah dsb).

Contoh-contoh hadis akhir zaman yang dinyatakan oleh nabi Muhammad s.a.w adalah seperti berikut:

1. kehancuran akan berlaku apabila amanah disia-siakan.
2. orang baik kurang, orang jahat bertambah dan orang jahat berani melawan orang
baik.
3. dua golongan penghuni neraka- salah satunya ialah penguasa yang memukul orang
tanpa periksa/soal siasat (ISA???)
4. orang menjadi ketua adalah yang terhina diantaranya.
5. dan lain-lain



C) Format Lukisan

Saiz setiap satu lukisan adalah 79.5 cm x 111cm.

6 keping lukisan ini apabila digabungkan menjadi satu karya dan setiap figura boleh berubah-ubah kedudukannya.
karya ini tidak di persembahkan dalam format yang 'biasa' (format Last Supper). karya ini bersifat instalasi yang boleh dipadan-padan berdasarkan kepada konteks dan isu yang diketengahkan.
Nota: Last Supper (Ahli-ahli Majlis tertinggi/28 mac 2009 PWTC)

19 February 2009

Artis Malaysia bakal mengoncang dunia? Welcome to international level!!

Pernyataan diatas adalah satu standart yang kerapkali diacu dan bermain dikepala kita. Perkara ini perlu dinilai kembali mengikut persprektif pandangan yang berbeza..

Seseorang artis yang bagus perlu menonjolkan diri di pentas antarabangsa?. Menurut kata-kata seorang ’tua’ yang merasakan dirinya itu sudah ’tua’ dengan ilmu dan ’tua’ dalam bidang seni.

Tetapi itu belum mencukupi, jika kita membayangkan kualiti artis bersandarkan tahap antarabangsa.

kita perlu pergi ke satu persatu persoalan yang perlu dikupas.

Soalan pertama: Adakah tahap antarabangsa itu diiktiraf sebagai tahap tertinggi untuk seseorang artis itu?.

Soalan kedua: apabila seorang artis itu berjaya menempatkan diri dalam kelompok antarabangsa (sedangkan artis antarabangsa pun tidak dikenali) artis tersebut tidak perlu lagi dipersoalkan lagi tentang kualiti karya seni yang terhasil.

Solan ketiga: artis-artis tempatan yang tidak ke antarabangsa dan tidak dikenali (artis muda) sudah pasti tidak mempunyai karya yang berkualiti?

Soalan keempat: betulkah artis antarabangsa itu berkualiti?

Keempat-empat soalan tersebut tidak perlu dijawab kerana kualiti karya seni dan artis itu adalah bergantung kepada pengetahuan yang didasari oleh pengalaman. Tetapi pengalaman yang banyak tidak menjamin kualiti karya. Begitu juga sebaliknya, banyak pengetahuan juga tidak menjamin kepada kualiti karya. Dan semua itu mempunyai pelbagai perspektif yang bersifat subjektif.

Antarabangsa atau tidak seseorang artis itu tidak menjadi keutamaan yang penting, tetapi yang perlu diingati bagi mereka semua adalah intigriti dan kefahaman situasi tersebut dengan nilai diri.

Jika kita lihat, artis dalam konteks negara kita (Malaysia), juga mempunyai beberapa kelompok tertentu.

Kelompok-kelompok ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

pertama: golongan-golongan tradisi iaitu golongan yang mengganggap seni hanyalah merekod keindahan ciptaan tuhan.

Kedua: kelompok yang menjadikan bidang seni ini sebagai landasan mencari rezeki menggunakan kepakaran dan minat (berbohong jika puak-puak ini mengganggap duit adalah perkara kedua/strategi dalam mengkomersial kan karya seni).

Ketiga: golongan-golongan suci dalam menzahirkan perasaan, kritikan dan sebagainya melalui medium seni (tidak mendasari pegangan dari puak yang kedua).

Keempat: pengacau (businessman) ataupun penyibuk dalam bidang seni (pemilik-pemilik galeri dan seumpamanya). Mereka-mereka inilah yang sedikit sebanyak menjadikan puak yang kedua tadi bertambah akibat dari keperluan material yang melalaikan.

Kelima: kumpulan eksperimental yang kebanyakan mereka ini terdiri dari pelajar dan artis-artis muda yang bergerak secara kumpulan mahupun individu. Pada permulaanya puak ini adalah menentang kepada gagasan perniagaan karya yang ’manis-manis’. Lama kelamaan gagasan material tidak dapat ditolak akibat desakan hidup atau mencari populariti.

Antarabangsa atau tidak seseorang artis itu adalah kerana kesilapan berfikir (falasi) yang mengatakan kita perlu menjadi Mat Saleh jika kita hendak berjaya..

Jika kita dilahirkan sebagai Mat Saleh maka kita sudah tentu ditakdirkan menjadi artis yang berkualiti???...

13 February 2009

TITIK-TITIK MERAH

Kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia sekarang, adalah akibat dari kelembapan ekonomi dunia yang sangat-sangat terasa. Kelembapan ini bukan tertumpu pada ekonomi sahaja tetapi juga di keseluruhan sistem yang telibat.

Keadaan ekonomi yang dikatakan akan pulih (bersandarkan kata-kata oleh seorang pekerja institusi perbankan) pada bulan Mei 2009 tidak pula dijanjikan akan pulih walaupun dari kata-kata wanita besi Malaysia iaitu Gabenor Bank Malaysia Zeti Aziz.

Walaubagaimanapun kegawatan ekonomi merupakan sesuatu rahmat kepada penghayat seni dan pengkarya seni.

Ini kerana, penghayat seni merasakan mungkin kegawatan ekonomi yang melanda kini akan membantu sebilangan artis yang berkarya kerana 'duit', untuk menghasilkan karya yang berkualiti dari segi visual dan konten.

Manakala artis pula, beranggapan mungkin masanya sekarang tidak sesuai mengadakan pameran solo, kerana ’duit’ tidak akan datang!?.

Hipotesis ini hanyalah bersifat sementara, andai perkara ini tidak dibuktikan dengan mengadakan pameran semasa kegawatan ekonomi. Malaysia tidaklah sangat terasa bahang kegawatan yang melanda, tetapi jika dilihat kepada pameran-pameran yang terdahulu memang tidak dapat dinafikan.

Apabila kehendak penghayat tidak dapat ditunaikan dengan kehendak pengkarya maka hasilnya memang haru biru.

Haru biru disini bermaksud kepuasan penghayat akan menjadi dongengan jika pengkarya hanya mengikut kehendak hati dan akal yang bersifat materialisme (material hanyalah bersifat ilusi: rujuk Harun Yahya)

Sejarah juga telah membuktikan bahawa sebilanagn besar arti-artis seni memang mempunyai ego yang besar (mempertahankan pendapat yang bertentangan dengan pandangan yang suci/ikhlas).

Apabila perkara-perkara ini tidak diambil peduli oleh golongan-golongan pengkarya yang 'hebat' ini maka layulah, kontang dan dahagalah peminat-peminat seni yang 'ekstrim'.

Pergerakan seni Malaysia akan menjadi haru biru dan terkebelakang 10 tahun berbanding dengan negara-negara Asean sekitarnya.

Dan ketika dunia dalam keadaan ekonomi yang gawat, lalu muncullah seorang hero (messenger) dalam mempertahankan gagasan idea yang ortodoks.

Bunyian ketawa mereka-mereka ini jelas kedengaran (perli atau puas?) kepada penghayat-penghayat seni yang suci kerana hampir separuh dari karya-karya mereka itu telah di tanda dengan Red Dots...hahahaahahahaaaaaaaaaaahahahahahahahahahaha

23 January 2009

Masa Untuk Berubah

Menjelang penghujung bulan Januari di tahun 2009, sebelum menyambut Tahun Baru Cina, mungkin kedengaran agak terkebelakang, dengan peristiwa menyayat hati, yang berlaku di Genting Gaza Palestin, beserta keadaan ekonomi yang semakin meruncit, ini adalah masa yang sangat sesuai bagi golongan-golongan artis untuk melakukan anjakan paradigma seterusnya bermuhasabah diri untuk menjadi seorang artis yang "serius".

Serius disini merujuk kepada penerimaan dan tempias yang berlaku di arena global, dengan keadaan ekonomi yang agak perlahan berkembang ( maka menangislah mereka-mereka yang menjadikan pekerjaan melukis itu sebagai satu mata pencarian/mungkin sesetengah daripada kalangan kita yang dijangkiti "virus" komersial), juga kekecohan, kekejaman Israel (suatu bangsa yang telah dinyatakan oleh Tuhan dalam Al-Quran sebagai bangsa yang suka melaksanakan kerosakkan, dua kali ganda kerosakkan, dan sesetengah daripada Ulamak menyifatkan sebagai Yakjuj dan Makjuj).

Keadaan semasa merangsang kepada keupayaan minda untuk berfikir secara rasional, kreatif dan kritis diharap akan menjadi tunjang kepada kebangkitan karya-karya seni yang bermutu, mungkin wang tidak boleh lagi mempengaruhi tindakan sesetengah artis untuk menjadi hipokrit, sedangkan hakikat yang terpapar adalah sebaliknya.

Wahai seniman semua!!! ini adalah masanya untuk kita berubah, biarkan "virus" itu pergi meninggalkan kita, inilah masanya untuk kita gunakan otak dalam berkarya...kembalilah ke pangkal jalan, buktikan!!!!!

Wahai seniman !!!, aku menyeru agar kita bertindak, bergerak mengikut kejujuran dalam berkarya agar kamu semua tidak diperlekeh, dikutuk, dihina, dan diumpat, tetapi jika itu yang kamu mahu, nah terimalah maki ku ini, karya yang bangsat!!!!, memalukan dan menjijikkan.

22 December 2008

Merentasi Halangan Kebijaksanaan Dalam Dunia Semasa

Kebijaksanaan?

Adakah kebijaksanaan seseorang artis itu dapat diukur dengan kayu pengukur atau tidak terukur, bahawa keputusan akhiran selepas mempamerkan karya seni adalah dapat dijual?, kebijaksanaan ini merangkumi bagaimana ‘mengambil’ dan ‘mengusik’ emosi pemerhati, sehingga menyentuh perasaan yang akan mengakibatkan lukisan itu dijual, kerana kebijaksanaan ini dibuktikan melalui perkembangan semasa yang menyebabkan kita berada didalam dunia pasaran terbuka iaitu dalam bidang-bidang komersial.

Dengan dunia yang berkehendakan material mengatasi nilai-nilai agama, moral dan budaya atau apa sahaja, atau nilai-nilai kehidupan ini telah dicerobohi oleh pemikiran yang menggambarkan individu yang terbaik adalah yang mengikut arus, tetapi dalam konteks ini kebijaksanaan ini diterjemahkan dalam bentuk membeli kepercayaan, mempengaruhi emosi, membuat silap mata, dan akan mengakibatkan penghayat tertarik, menarik dan de booom dengan karya kita...

Bagaimana pula pengkarya yang dikatakan tidak bijak, kerana tidak mengadakan nilai-nilai komersial dalam hasil seni mereka, perlukah ditambah kicap, sos untuk menyedapkan rasa atau rasa itu dibuat-buat untuk menyelerakan? Atau apa?...jadilah seperti kontaraktor bumiputra kelas F...

Tidak bijaksanakah mereka yang satu sen pun tidak masuk poket, bahkan terpaksa menanggung hutang pula.!

Didalangi pula dengan dasar ekonomi baru, kuota bumiputra, dan keluarlah kata-kata seperti, karya seni pun ada kuota?...

Hakikat?

Jika dilihat, seni Malaysia memang tidak dapat dibandingkan dengan sejarah seni negara-negara seperti Indonesia, Thailand mahupun Singapura. Jika melihat dalam bentuk masa malaysia bukanlah baru dalam perkembangan seni semasa kerana Singapura rasanya adalah lagi 'muda', tetapi jika dibandingkan dengan kualiti karya memang tidak dapat dinafikan, Singapura adalah antara yang terbaik.

Program-program seperti Singapore Biennale dan sebagainya yang menjadikan mereka adalah antara yang terbaik. Bagaimana pula dengan Malaysia?, dimana Malaysia Biennale?..sudah bersediakah Malaysia untuk melangkah ke hadapan, dan tidak lagi terkebelakang 10 tahun dengan perkembangan seni dinegara lain.

Kembali menaungi aliran modenisma?

Pernyataan kebijaksanaan jika dirungkai dengan pandangan sekeliling akan membuka seribu lagi pandangan negatif.

Aneh dan ajaib sekali, jika penerimaan pasaran lukisan dalam Malaysia masih menjadi dominasi golongan-golongan tertentu yang mencari keindahan di mata bertuhankan emosi semata-mata.

Dunia mencapai masa millenium, jika diimbas pada tahun 80-an, berapa banyak galeri yang ada di Malaysia? Dan berapa banyak pula artis yang ada?..balik-balik mula dia ajer...muka hang lagi...la hang lagi...dan lagi, dan lagi...

Bukankah itu akan menjumudkan lagi pandangan seni yang dibawa melalui bentuk-bentuk visual?

Setelah melalui masa-masa berikut hinggalah era 21 atau abad Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Tetapi apa yang cemerlang?, gemilang apa? dan terbilang apa?.

Hakikatnya seni masih ditakuk yang lama, walaupun di era kepimpinan Mahathir Mohamad, perkembangan ekonomi berada pada tahap 7%. Tetapi kita masih berada dilandasan keselesaan yang maha besar, kerana pasaran seni dikuasai oleh mereka-mereka yang sangat mementingkan poket berisi dengan duit yang tebal!, disinilah peranan yang dimainkan oleh galeri-galeri 'owner' yang mempunyai agenda-agenda tersembunyi.

Dan di galeri ini penuh dengan lukisan-lukisan yang tidak memenatkan otak tetapi menyebabkan otak menjadi gila, kerana pancaran-pancaran pelbagai warna menyebabkan mata, hati dan akal menjadi kelu untuk berkata-kata. Penyakit inilah yang sangat ditakuti, menvirus golongan seni yang berpenyakit Abstract-expresstionisme


27 November 2008

MENUJU JALAN “MATI” 2, DIARI KEHIDUPAN ARTIS DENGAN TIGA PERSOALAN?

Kemana arah tuju seseorang artis itu, jikalau hajat dan matlamatnya telah terlaksana seumpama mengadakan pameran solo mahupun berkumpulan ditempat-tempat tertentu? Adakah penamatnya hanya berkesudahan disitu?(soalan pertama).

Semua ini harus dipersoal, bukan hanya pada artis itu sendiri tetapi pada pandangan umum, supaya tidak menjumudkan lagi pandangan yang telah distrukturkan.

Jika, artis itu terlalu taksub untuk menghasilkan karya yang akan berkesudahan di bilik-bilik pameran, kita dapati keghairahan mereka ini terlalu teruja, seolah-olah seperti sedang hangat "bercinta" dengan simpton-simptonnya, makan tidak lalu dan tidur tidak lena.....

Tetapi, jika penamat bagi penghasilan karya itu bukan lah ditempat seperti di galeri-galeri atau sebagainya, bagaimana pula dengan keghairahan yang akan wujud?(soalan kedua).

Adakah seperti penyakit "mati pucuk" yang memerlukan ubat kuat atau pil Viagra, kerana kepalsuan dan kepura-puraan itu pasti wujud dalam visual yang terhasilnya nanti. Ditambahi pula dengan lipstik yang tercalik di mulut, hinggakan memaniskan kata-kata si pemakai.

Yang pastinya kepuasan yang wujud mungkin memberi kepuasan yang tidak terhingga jika karya seni dibeli satu atau dua?.

Dan sekian sahaja perjalanan hidup (diari artis) menuju alam yang fana tanpa membawa apa-apa kebaikan dalam memberikan satu perspektif berbeza pada pandangan masyarakat yang lama.

Bagaimana pula dengan pandangan dan hakikat tentang kepentingan seni merentasi sempadan visual tanpa di batasi, diselindungi atau diperalatkan oleh ’seseorang’/Art Collector / masyarakat / komuniti?? Atau seumpamanya dan lain-lain (soalan ketiga).

23 November 2008

MENUJU JALAN “MATI”

Teringat ketika zaman belajar dahulu, memikirkan adakah seni itu (dalam konteks seni visual) sudah menuju jalan mati iaitu ketika peringkat terciptanya karya akhir. Kadang-kadang bermain dalam fikiran, apabila sesebuah karya itu di pamerkan (pameran/show) adakah itu merupakan proses yang terakhir?. Kemana haluan selepas itu?.

Kalau Malaysia, ketika zaman Tun Mahathir, dengan Wawasan 2020, selepas itu kemana? Adakah tahun 2020 itu penamatnya. Manusia akan menuju proses kematian, adakah itu penamatnya juga?.

Bolehkah kalau kita katakan, kita ada permulaan dan tiada pengakhiran?. Berbeza dengan zat tuhan. (tiada permulaan dan pengakhiran / tidak jadi dan dijadikan).

Proses pembelajaran bukan sahaja melibatkan pada persoalan pemahaman, tetapi turut melibatkan pengalaman, pencarian dan pembelajaran. Kerana proses itu sentiasa berlaku walau pun tamat belajar (formal). Kalau Tuhan dan Rasul pun mengatakan mencari ilmu itu hendaklah hingga ke liang lahad dan ke negara China, bagaimana pula kita (informal)?.

Seni itu satu pengertian yang ada pada setiap individu. Kerana setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri. Kalau ditanya pada kanak-kanak, mungkin jawapannya seni itu mewarna!. Kalau ditanya pula pada pengetua sekolah menengah (apa jenis sekolah pun) mungkin jawapan agak berbeza (dah tua dengan pengalaman/sebenarnya tidak faham pun) iaitu melukis dan mengambar objek-objek. Bagaimana pula kalau diajukan pada orang atasan (berpangkat)? Juga jawapannya agak menarik (mungkin), iaitu seni itu mahal harganya!!!

Bagaimana pula dengan makcik-makcik dikampung?.. belajar seni? Apa boleh buat dengan lukisan?,boleh ke hidup?...(apa yang mampu kita buat hanyalah ketawa dan senyum sinis hehehehehe...)

Persoalan ini merupakan satu pengertian yang besar dan terlalu subjektif. Bukan sahaja melibatkan emosi tetapi kefahaman seni secara total.

Yang pasti jawapannya ialah, seni itu adalah apa yang kita mahukan, kerana seni itu terlalu halus untuk dinilai walaupun menggunakan mikroskop...




26 October 2008

NILAI-NILAI (ETIKA) DIRI ARTIS KITA

Nilai diri merupakan antara elemen yang penting apabila sesebuah karya seni itu dibicarakan. Samada karya itu bersifat 2 dimensi, 3 dimensi atau 4 dimensi (atau lain-lain dimensi, jika ada).

Nilai diri antara faktor yang mempengaruhi sesebuah karya seni itu terlaksana. Jika melihat dalam sudut pandangan yang lebih luas nilai diri adalah sesuatu yang sangat bermakna dan jika diselidiki secara halus, amalan ini tidak berapa jelas diamalkan dalam konteks seni Malaysia secara amnya (andaian).

Bila membincangkan mengenai topik nilai ini, kita tidak dapat memisahkan dengan persoalan etika. Merujuk kepada Falsafah Etika, Ahmad Sunawari Long (2006:144) dalam Sejarah Falsafah, mengistilahkan etika adalah sebahagian daripada falsafah yang menumpukan kepada tingkah laku terutamanya dalam konteks hubungan manusia- samada peribadi, sosial atau politik-yang mana akan dinilai dalam bentuk baik atau buruk.

Secara ringkasnya persoalan dan definisi etika adalah sangat berkait rapat dengan nilai-nilai diri, dalam menentukan keberkesanan dari seawal proses, sehinggalah kepada peringkat terakhir dalam penghasilan karya seni (dalam konteks yang khusus).

Akan tetapi nilai-nilai yang dibincangkan ini bukanlah menjurus kedalam diri semata-mata tetapi faktor luaran juga memainkan peranan yang sangat penting, kerana environment 'luar' yang mendorong kepada pembentukan nilai dalam diri kita.

Nilai-nilai ini jika disoroti berkait rapat dengan budaya, cara hidup, pegangan dan praktisnya dalam menghasilkan karya seni yang bermutu sifatnya. Melihat kepada keadaan suasana masyarakat sekarang sebagai contoh, menerapkan displin secara lahiriah amat dititkberatkan berbanding dengan menerapkan nilai dalam diri (spiritual) anak kerana nilai diri tidak dapat dipelajari dari pengalaman yang bersifat secondary, tertier atau apa sahaja cabang pengetahuan melainkan melalui pengalaman secara langsung.

Pisau mempunyai sifat seperti tajam sukar dijelaskan maksudnya kepada si anak kecil hanya jika pengalaman sebenar ini dijadikan sempadan dan pedoman kepada mereka. Tetapi pengalaman sebenar atau sensasi (pengalaman pancaindera) akan menjelaskan maksud bahawa pisau itu tajam!.(sekadar analogi).

Perkaitan ini di simbolkan dengan amalan praktis dikalangan artis-artis malaysia kita, sebagai contoh jika karya yang berharga puluhan ribu dibeli, adakah pengkarya itu benar-benar bertanggungjawab tentang penggunaan material yang digunakan. Jika pembeli melihat dalam jangka masa yang panjang agar karya itu dapat bertahan bukan sekadar menjadi hiasan tetapi rujukan masa depan, dengan jangka masa seratus tahun dapatkah karya itu bertahan?.

Persoalan ini hanya mempersoalkan tentang nilai atau etika pelukis dari segi penggunaan bahan dalam karya seni. Kita belum lagi melihat dalam konteks yang lebih luas melibatkan tanggungjawab pelukis dengan nilai moral seperti tanggungjawab dalam memberikan satu imej yang bermakna pada segala jenis bentuk estetik yang ada.


Seni yang bukan bersandarkan kepada kecantikan semata-mata tetapi dalam bentuk yang lebih luas iaitu konten dan konteks. Persoalan ini sepatutnya lebih diberikan penumpuan sepenuhnya dan harus diterap dalam diri setiap pelukis (sekadar contoh) dan nilai ini merupakan elemen yang terpenting dalam perlaksanaan karya yang lebih bermutu.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Sunawari Long (2006), menulis:

skop etika adalah lebih luas berbanding dengan moral yang hanya memfokuskan kepada tingkah laku individu. Ia berkaitan dengan berbagai-bagai bidang kehidupan seperti estetika, etika profesional, perbuatan atau tingkah laku dan logik tidak sekadar dalam bidang sains sosial. Ini menjelaskan etika mempunyai peranan yang besar didalam setiap bidang kehidupan manusia bagi menyediakan prinsip tanggungjawab dan menilai tindakan serta perjalanan institusi yang berkaitan dengan kemanusiaan. Etika berperanan dalam menentukan sifat, kedudukan dan kesan bidang tersebut terhadap masyarakat dan individu. Begitu juga dengan bidang yang melibatkan kesenian, pemikiran, kebudayaan dan sebagainya. Sebagai contoh dalam konteks estetika, tumpuan diberikan kepada pemaparan kecantikkan dan kehalusan seni yang dipaparkan (seperti sebuah lukisan) atau keindahan bahasa sebuah novel. Sebaliknya bagi sudut pandangan etika, disamping menerima persepsi yang dibawa oleh estetika, ia cuba memberi nilaian moral samada karya seni mempunyai unsur-unsur negatif atau positif kepada individu atau masyarakat.

Nilai-nilai ini akan lebih bermakna jika digabungkan antara nilai diri secara lahiriah dan spiritual, dalam memberikan keberkesanan karya seni yang bermutu.

Wallahualam..