Pengintip

06 May 2010

KEBUNTUAN IDEA

Kebuntuan (kebekuan) "idea-idea" ini terhasil apabila individu mahupun organisasi terikat dengan ruang kreativiti dalam jangkamasa yang tertentu. Maka wujudlah kesan tidak langsung seperti kelahiran teori-teori yang baru seperti modernisma kepada supermodernisma dan sebagainya. Teori-teori ini akan mencairkan makna-makna lama(teori lama) dan  akhirnya  terbentuklah gagasan seperti reconstructivisme dan deconstructivime (teori baru).

Kebuntuan idea ini tidak berlaku dalam dunia kreativiti sahaja tetapi merangkumi pelbagai genre.
Ini bukan sekadar dapat dipertontonkan dalam bidang pendidikan barat tetapi juga dapat dilihat dalam dunia akademik islam (dalam konteks dunia ilmuan islam) yang kebanyakannya melahirkan individu yang menghasilkan kajian-kajian baru seterusnya cuba membuat lompatan-lompatan masa yang kontroversi(meminjam ayat dari Dr.El Muhammady).

Golongan-golongan pemikir muda islam melakukan penyelidikan dan membuat keputusan tanpa mengikut 'jalan' yang telah lama diterokai oleh ulama dahulu. Akibatnya berlakunya perselisihan faham dan lagi bahaya disongsangkan oleh golongan-golongan tertentu (berniat jahat).

Proses transisi teori-teori ini adalah kesan perkembangan seiring dengan amalan pasca modernisma yang berlaku sekarang. Jelas dan nyata teori-teori perkembangan ini seiring dengan ilmu fizik, getaran-getran zarah mahupun sebagainya tetapi pastinya adalah milik Allah yang telah berfirman setiap yang hidup pasti akan mati (proses-proses pertumbuhan).

30 April 2010

MY NEW BABY...


Namanya Nur Cinta Airis
Lahir pada 02 April 2010
Masa 6.25 pg di Hospital Teluk Intan Perak
hehehe....

12 April 2010

ADAKAH ANDA SEORANG ARTIS MALAYSIA YANG TERHEBAT?




1. Anda berjaya menjual karya-karya sehingga mencecah beribu-ribu ringgit?.

2. Kebanyakan karya-karya anda lebih bersifat Abstract Expressionism?.

3. Mempunyai pendidikan yang tinggi dan juga seorang ACADEMICIAN?.

4. Mempunyai gaya hidup ala-ala golongan elitis?.

5. Mempunyai pandangan-pandangan yang ’kritikal’?.

6. Kerap berpameran solo mahupun berkumpulan?.

7. Anda mempunyai studio untuk berkarya?.

8. Mempunyai komitmen yang jitu untuk menghasilkan karya?.

9. Anda seorang melayu dan beragama islam?.

10. Adakah anda mempunyai pandangan yang sinis pada orang lain?.



Jika YA sah anda adalah seorang artis Malaysia yang terhebat......hahaha...

17 March 2010

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG KOS-KOS YANG DITANGGUNG OLEH GALERI SENI LUKIS




1. SEWA GALERI     RM 5000-8000
2. KATALOG     RM 7000-10,000
3. KURATOR     RM 2000-4000
4. PHOTOGRAPHER     RM 2800-6000
5. PROMOTER/MEDIA     RM 3000-5000
6. KOS GANTUNG KARYA     RM 200-500
7. STAF GALERI     RM 6000
8. MAJLIS PEMBUKAAN     RM 2000-4000

TOTAL KASAR     RM 37,000

SALES (GALLERY %)     40 %@ 50%


Sumber: En. Muhammad Nazli b. Abdul aziz (Galeri Chandan/Galeri Thr36ixty5ive). Art Business Talk.Uitm Seri Iskandar. Perak. 05 Mac 2010

19 January 2010

ANGGUK-ANGGUK...GELENG-GELENG



Kepada mereka-mereka yang bodoh....
Janganlah me'reka-reka' cerita....
Janganlah meng'api-api'kan isu.....

Janganlah berpolimik....
Janganlah beretorik....
Dan janganlah berpolitik...

Taubatlah...
Insaflah....
Sensitiflah...

02 January 2010

DUNIA SEMAKIN BERUSIA - 2010



SELAMAT TINGGAL ANGKA 2009.....
DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2010
UCAPKAN SEMOGA PERJALANAN PENUH DENGAN HARAPAN DAN IMPIAN...
MOGA DIJAUHI SEBARANG DUGAAN...

29 December 2009

Kerajaan Yang Penuh Dengan Menteri-Menteri Korup?


Ha ini dia 'bapak' pembasmi kerosakan yang dilakukan oleh orang-orang kerajaan (tidak kisah la sesiapa pun) yang korup.

Beberapa hari yang lepas, aku barulah sempat melihat filem Kolywood yang popular (walaupun dah lama ditayangkan/2007). Memang tidak dapat disangkal, filem yang bermula dari impian penulis skrip ini tidak mustahil dilaksanakan (walaupun nampak macam terlalu idealis) dalam dunia seharian.

Melihat pada perspektif yang berbeza, filem-filem yang dihasilkan (dalam konteks negara India/jay hind!) mengambarkan kebebasan pengiat-pengiat filem disana untuk menerbitkan filem yang bertemakan masalah politik, sosial dan sebagainya. berbeza dengan Malaysia, rasanya jika penerbit menerbitkan filem seumpama Sivaji The Boss ini, mungkin tidak dapat ditayangkan (silap-silap masuk ISA lagi). Merujuk kepada peristiwa yang berlaku sebelum ini, bagaimana seorang 'independent filmmaker' yang menghasilkan 'short film' seorang anggota polis trafik menerima rasuah (telah menjadi isu yang sangat hangat pada waktu itu). Dan terbaru, sekali lagi menerbitkan 'shortfilm' dalam youtube 'mengutuk' TNB (kerana ketidak puasan hati).

Apa yang paling menarik dalam filem-filem yang bertemakan seperti ini adalah watak hero (Rajnikan), walaupun agak berusia tetapi masih 'laku'. Adegan-adegan seperti membaling rokok kemulut, memetik duit syiling hingga masuk ke poket baju adalah 'trademark' Rajnikan dalam filem-filem sebelum ini.

Persoalan sekarang bukanlah membicarakan watak hero, tetapi persoalan-persoalan seperti menggambarkan sifat  individu yang korup, jahat, busuk hati, mementingkan diri adalah aspek yang perlu diambik perhatian. Dan apa yang menarik adalah keberanian pengarah filem mengambarkan menteri-menteri yang korup (tidaklah pula dianggap sebagai metafora kepada kerajaan yang memerintah), tidak jujur,dan digambarkan sebagai musuh rakyat (talam dua muka).

Rasanya kita perlukan 'Sivaji The Boss' bukan hanya impian didalam filem, tetapi dalam dunia realiti!!!... "WHO'S THE BOSS"? hahaha...






 

17 December 2009

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN HIJRAH ISLAM (AWAL MUHARRAM 1431)





'Berhijrah' lah wahai sahabat-sahabat ku....

dari buruk kepada baik...
dari baik kepada yang lebih baik...
dari moden ke pasca moden...
dari bentuk kepada informasi...
dari makna kepada konteks...
dari tujuan kepada makna kehidupan...
dari malas kepada rajin...
dari papa kepada kaya..
dari dunia kepada alam barzah...
dari realiti kepada maya...


berubah dan teruslah berubah...
berjuang dan terus berjuang...

03 December 2009

GULA GULA...OH GULA..

Gigi siapa tu?...
hehehe...


Inilah kesannya apabila gula diambil melebihi keperluan seharian



bila harga gula akan naik???....
hidup mesti diteruskan


Nota: untuk maklumat lanjut, rujuk subteks (text-bold)




01 December 2009

Arca (kesenian) daripada perspektif agama (siri pertama)


Pada 21 November 2009 yang lepas bertempat di Galeri Petronas, telah berlangsungnya sebuah forum yang bertajuk Arca daripada perspektif sosial, budaya dan agama. Forum yang berlangsung selama 2 jam itu mengupas persoalan-persoalan yang yang timbul kesan daripada pameran solo yang sedang berlangsung di galeri Petronas sekarang.

Pameran solo tersebut adalah hasil kerja seni dari seniman arca terkenal Malaysia iaitu Raja Shahriman b. Raja Aziddin yang diberi tajuk Rentak abad ke-21: Monolog-monolog Raja Shahriman. Pameran yang bermula pada 29 Oktober 2009 sehingga 24 Januari 2010 yang mengetengahkan karya-karya terkini oleh Raja Shahriman yang merupakan pameran solo yang keenam beliau, merangkumi 20 arca baru bersaiz skala besar, 45 buah lukisan dan 15 catan dalam pertunjukkan yang melambangkan sifat pemusnah dalam diri manusia. (untuk bacaan lanjut: rujuk laman sesawang http://www.galeripetronas.com.my/)



Tun Mahathir Mohamad mendengar penerangan arca dari Tengku Elina yang turut disertai oleh Raja Shahriman

Forum pada petang itu telah dihadiri olehTengku Sabri Tengku Ibrahim (Sculptor), Raja Shahriman Raja Aziddin sendiri( Sculptor), Fathi Aris (Socio-Cultural Critic), Mad Anuar Ismail ( Sculptor), Muhammad Najib Abdullah ( Lecturer, Fac. Syariah & Amp; Law) dan moderatornya ialah Norhanim Khairuddin.

Dalam arus perkembangan seni semasa, jika diteliti secara rawaknya didapati bahawa perkembangan-perkembangan seni visual yang berlaku sekarang adalah hasil dari cengkaman pengaruh era Pasca modernisma keatas pelukis-pelukis muda yang diibaratkan sebagai serangan wabak H1N1 di Malaysia. Cumanya, adakah serangan-serangan tersebut dapat dikawal, di 'antiviralkan' mahupun menemui kegagalan sehinggakan maut dalam dalam pencarian?.

Pameran solo Raja Shahriman ini hanyalah satu daripada puluhan karya-karya seniman yang ada dan secara jelasnya agak 'menjengkelkan' pandangan-pandangan orang ramai terhadap karya seni sekarang. Jika golongan-golongan muda lebih bernafsu dalam menyatakan ekspresi amarah dalam bentuk-bentuk visual yang agak keterlaluan dari segi visualnya maka jelas dan nyata sekali apa yang berlaku dalam perkembangan seni di Malaysia sekarang adalah dibelenggunggi oleh dilema-dilema dan krisis identiti nasional, budaya dan pegangan.

Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Paklah dalam visi politiknya semasa dalam pemerintahannya telah mengistiharkan konsep Islam Hadari. Islam Hadari ini dilandaskan kepada 10 prinsip yang mana konsep ini adalah prinsip yang dizahirkan dari qalam tuhan Al-quran kepada hambanya.

Adakah Islam Hadari itu satu peganggan baru umat islam di Malaysia sehinggakan jika melihat dari konteks seni Malaysia pada waktu itu (tahun 2000-2008), karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis (muslim) masih menampilkan imej-imej yang bertentangan dengan pelajaran dan aqidah islam. Apakah seni dan pengamalnya tidak berupaya menyerap dan menterjemahkan karya yang tidak dilarang oleh tuhan?.

Perkembangan pesat teknologi massa, mungkin mempengaruhi fikiran dan idea golongan-golongan seni, sehinggakan karya-karya yang terhasil tidak langsung menampakkan pegangan seniman itu sendiri. pengaruh-pengaruh yang dibawa oleh media semasa menjadi rujukan kepada x-generasi yang terdedah dengan informasi-informasi global yang mengharubirukan.

Memang tidak dinafikan segelintir seniman sahaja yang mengekalkan kefahaman islam itu melalui karya yang dihasilkan (karya-karya abstrak sangat diterima oleh komoditi pengumpul-pengumpul seni sehingga sekarang). Pertembungan inilah yang menjana krisis-krisis kepada seniman seumpama larangan tuhan kepada hambanya. Contohnya sangat mudah, solat 5 waktu yang wajib ditunaikan pun kadang-kadang tertinggal !!!.

Komponen parti pembangkang Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia/tujuannya untuk menegakkan sebuah negara islam berdasarkan al-quran dan sunnah) jelas sekali telah melarang aktiviti seni, sehinggakan Nik Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul am PAS turut melarang sebarang aktiviti seni di negeri Kelantan seperti nyayian, Wayang kulit dan sebagainya di Kelantan.

Pengharaman tersebut jelas memberi kesan kepada pengiat-pengiat seni di Kelantan dalam memperjuangkan budaya, tradisi mereka sendiri sehinggakan ada golonggan yang membantah pengharaman tersebut. Nyata sekali seni yang dilarang oleh Tuhan telah disekat aktivitinya daripada berlaku dan dijalankan di negeri Kelantan sehingga sekarang.

Bagaimana pula pendekatan yang diambil oleh kerajaan memerintah (BN: Barisan Nasional) dalam menetapkan hala tuju seni itu. adakah pengharaman yang dibuat oleh parti PAS perlu diikuti oleh kerajaan BN yang masih lagi mengamalkan konsep Islam Hadari dibawah pimpinan perdana menteri malaysia yang keenam iaitu Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Islam itu bersifat syumul dan adakah islam yang diterjemahkan melalui Islam hadari sama seperti islam yang digambarkan oleh nabi Muhammad S.A.W?. Syumul bererti menyeluruh dan apabila berbicara tentang syumul, maka islam itu juga merangkumi persoalan-persoalan dan juga tatabahasa seni visual yang cuba di visualkan oleh seniman-seniman (beragama islam).

 Jika diteliti, perlembagaan Malaysia sendiri telah menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara islam yang mana melayu ditakrifkan islam dan islam itu adalah melayu. Bagaimana pula melayu yang bukan islam?.

Apabila disebut Melayu, maka secara tidak langsungnya seniman-seniman Malaysia yang berbangsa melayu majoritinya adalah lulusan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM/dahulunya dikenali sebagai ITM). Usaha, Taqwa, Mulia adalah moto UiTM yang mana majoriti pelajarnya adalah melayu islam dan lain-lainnya adalah Bumiputera. Penubuhannya bermula pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA yang kemudiannya pada tahun1965 bertukar menjadi Maktab MARA. Pada tahun 1967 Maktab Mara sekali lagi bertukar nama kepada Institut Teknologi Mara sehinggalah tahun 1999 dan akhir sekali kekal sebagai UiTM.

Raja Shahriman adalah salah seorang seniman yang telah berjaya dibentuk di ITM sehingga menjadi seniman arca yang terkemuka di Malaysia. Begitulah peranannya UiTM dalam sumbangan kepada perkembangan seni visual di Malaysia. Jika UiTM penuh dengan semangat kemelayuannya (keislamannya) maka agak menghairankan juga, Raja Shahriman yang telah terdidik dengan falsafah melayu, budaya dan islam menzahirkan karya-karya yang sepatutnya berkiblatkan ketimuran dan bukannya menampakkan ciri-ciri kebaratan (dalam konteks seni arca yang dihasilnya).

Malah beliau adalah penganut fahaman islam yang kuat (merujuk pada Raja shahriman/dengan bersongkoknya/umum mengetahui ke"aliman" beliau) bertentangan sama sekali dengan hasil dari karya-karya arca yang dipamerkan.

Berapa ramai seniman-seniman 'muda' pada hari ini yang lahir dari didikan Institusi Melayu yang terbesar di Malaysia ini?. dan berapa kerat pula, yang mengamalkan seni yang 'dihalalkan' oleh islam?.

Apakah bentuk seni yang dihalalkan oleh islam?, adakah membuat figura-figura manusia dan haiwan adalah haram?..dan adakah disebabkan perkara ini, telah menjadi satu budaya popular dalam persekitaran seni Malaysia mengulangi sejarah 70-an kembalinya karya-karya abstrak(hanya pada sesetangah individu kerap berkarya dan berpameran sahaja).

Mungkin atas dasar ini (persoalan-persoalan yang melekat dalam minda), forum yang diadakan ini dapat memberikan ruang kefahaman kepada pengkarya mahupun seniman-seniman dalam berkarya untuk mengenalpasti apakah yang mereka buat selama ini adalah diharuskan atau masih terperangkap dengan virus ideologi pasca-moden yang dibanggakan itu.

Krisis identiti budaya dan nasional inilah yang dilihat telah 'membenggongkan' kita dalam semua aspek kehidupan dan juga merencatkan hubungan kita dengan tuhan. kesan-kesan yang terhasil inilah yang cuba dimainkan oleh segolongan 'puak penentang' untuk merevolusikan (menyihir minda) gagasan idea, visual, persepsi dan tanggapan kepada golongan muda (tidak terkecuali bagi golongan 'tua').

Apakah islam itu penuh dengan kawalan sehinggakan kita tidak boleh menjadi seniman seperti yang kita inginkan, bebas membicarakan apa sahaja tanpa batasan dan bertepatan dengan kehendak peredaran sezaman (pasca moden)?.


Forum bersama pengarca di Galeri Petronas pada 21 November 2009 yang lepas

Melihat kepada forum yang telah dijalankan, pensyarah daripada Fakulti Syariah iaitu Ustaz Muhammad Najib Abdullah yang terlibat dalam perbincangan tersebut, menyatakan arca-arca yang dihasilkan oleh Raja Shahriman ini, tidak menyalahi hukum syarak, kerana menurutnya figura-figura yang dilambangkan melalui arca-arca tersebut adalah bersifat abstrak (penulis terlewat menghadiri forum tersebut/mendengar dalam masa yang singkat).

Dr. Yusuf Al-Qardhawy (cetakan kedua, 2001) telah membuat 9 kesimpulan dalam bukunya berkenaan Hukum Gambar dan Pembuat Gambar. Hukum yang dapat disimpulkan oleh beliau adalah seperti berikut:

1. Jenis gambar yang dilarang keras dan paling berat dosanya ialah gambar-gambar yang disembah selain Allah, ini menyembabkan pembuatnya kafir jika dia mengetahui dan sengaja melakukannya. Dalam hal ini gambar yang berjisim (bernyawa) lebih berat dosanya dan tidak dibenarkan. Setiap orang yang menbgedarkan atau mengagungkannya dari aspek manapun, dia termasuk dalam dosa ini sesuai dengan penglibatannya.

2. Sungguh berdosa orang yang membuat gambar tidak untuk disembah, tetapi sengaja bermaksud menyerupakan ciptaan Allah, atau mengaku bahawa dia membuat dan menciptakan makhluk seperti yang diciptakan Allah, sebab dengan cara demikian dia mendekatkan diri kepada kekafiran dan ini bergantung kepada niatnya.

3. Berdosa juga bagi pembuat gambar-gambar berjisim yang tidak disembah, tetapi diagung-agungkan seperti gambar- gambar para raja, pemimpin, pembesar dan lainlain yang hendak diabadikan melalui patung-patung yang mereka dirikan di tempat-tempat terbuka dan tempat-tempat lain, baik patung-patung itu sempurna mahupun setengah badan.

4. Gambar-gambar berjisim dari makhluk bernyawa yang tidak disucikan dan tidak diagungkan telah disepakati haram, kecuali dianggap rendah seperti mainan anak-anak dan boneka yang dibuat dari gula-gula untuk dimakan.

5. Berdosa membuat atau memiliki gambar-gambar yang tidak berjisim yang diagungkan, seperti gambar-gambar pemerintah, pemimpin-pemimpin dan lain-lain, terutamanya jika gambar-gambar mereka didirikan atau digantungkan dan larangan ini semakin kuat jika personaliti-personaliti yang digambar ini adalah orang-orang zalim, fasik dan atheis. mengagungkan mereka bererti menghancurkan islam.

6. Gambar-gambar bernyawa yang tidak berjisim, tetapi tergolong dalam aspek berlebih-lebihan dan kesenangan, seperti dinding yang digantung dengan gambar-gambar atau seumpamanya, maka hukumnya hanyalah makruh.

7.Gambar-gambar tidak bernyawa seperti pohon, kurma, laut, kapal, gunung, bintang, awan dan lain-lain pemandangan alam maka tidak berdosa bagi orang-orang yang menggambar atau memilikinya selama tidak mengganggu ketaatan kepada Allah dan tidak menyebabkan berlebih-lebihan sehingga makruh.

8. Adapun gambar-gambar fotografi, pada dasarnya mubah, selama tidak mengundang persoalan gambar yang diharamkan, seperti pensucian orang digambar dengan pensucian agamis atau pengagunggan agamis khususnya jika orang yang diagungkan itu orang-orang kafir atau fasik seperti penyembah berhala, golongan komunis dan seniman-seniman tersesat.  

9. Patung-patung dan gambar-gambar haram atau makruh, jika direndahkan kedudukannya (fungsinya) akan berpindah dari wilayah haram dan makruh itu ke wilayah halal seperti gamabr-gambar pada permaidani yang diinjak-injak oleh telapak kaki (dipijak-pijak) atau digunakan sebagai alas kaki dan lain-lainya.

Dalam suasana yang berlatarbelakangkan faktor-faktor geografi, politik, identiti, suasana semasa, budaya, dan sebagainya memberikan sumber yang bermanfaat kepada seniman-seniman Malaysia tetapi jika tidak dapat ditanggani dengan berhemah faktor-faktor ini akan menghasilkan kecelaruan peganggan kepada seniman-seniman itu sendiri.

Kecelaruan-kecelaruan ini dapat dipulihkan jika seniman-seniman kita berpegang kepada rasional dalam berkarya. Rasional ini mungkin berbeza berlatarbelangkan pegangan, budaya dan identiti seniman itu sendiri. Tetapi yang pastinya agama bukanlah penghalang besar dalam melaksanakan karya yang bermutu sebagai contohnya karya-karya yang dipamerkan oleh Raja Shahriman dalam pameran solonya yang ke-6 di Galeri Petronas.

wallahualam

Rujukan:

Dr.Yusuf Al-Qardhawy. 2001. Seni & Hiburan Dalam Islam (Al-Islam wa Al-Fann). Diterjemahkan oleh Drs. Hadi Mulyo. Pustaka Al-Kautsar. (Teks asal dalam bahasa Arab).

26 November 2009

18 November 2009

PLAGIAT DAN CIPLAK?

Monday November 16, 2009
UPM lecturers who plagiarised needed heavier penalty

KUALA LUMPUR: The Higher Education Ministry feels a heavier penalty should have been meted out to the two Universiti Putra Malaysia (UPM) lecturers caught for plagiarism, Deputy Minister Datuk Dr Hou Kok Chung said Monday.

Nevertheless, the ministry respected the autonomy accorded to the tertiary institution to deal with such cases, he told the Dewan Rakyat when replying to a question from Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

The UPM management committee decided to issue a stern warning to the two academicians and ordered a stop to the sale of the plagiarised guide books they had produced, he added.

Dzulkefly had wanted to know why more severe action was not taken against the lecturers. -- Bernama


FINALLY....HAHAHAHA....KANTOI.....PROF. PLAK TUUU.....


JAMES BOND KITA TELAH MENEMUI KANG KONG

jeng! jeng!jeng! hasil usaha pak sibuk gua,ni hasil gua korek:

nama kangkong2 trsebut:

Name: Zoharah bte Omar
Position: Senior Lecturer
Qualifications : L.L.B. (Hons)(UIA), M.S. (HRD)(UPM), Ph.D Psychology (UKM)
Department: Professional Development and Continuing Education
Area of Specialization: Human Resource Development

Name: Turiman bin Suandi
Position: Professor / Deputy Dean (Student Affairs & QA) of School of Graduate Studies
Qualifications : Dip. Animal Health and Prod. (UPM), B.S. (Florida), M.S., Ph.D. (Ohio State)
Department: Professional Development and Continuing Education
Area of Specialization: Youth & Development

tajuk buku hasil plagiat depa:
Writing An Effective Resume
No ISDN 9832871107
dikatakan diplagiat hampir word-by-word dari universiti2 terkemuka di US..

dipetik dari tukartiub.blogspot.com/

11 November 2009

KARYA PELAJAR DIPLOMA SENI HALUS







PAMERAN YANG AKAN BERLANGSUNG SELAMA 2 HARI BERMULA PADA 12-13 NOV 2009

09 November 2009

MARI BELAJAR BAHASA MELAYU

IHSAN ATAU ROYALTI?

Wang ihsan ganti royalti minyak kepada Kelantan
04/11/2009 10:58am

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan akan membayar wang ihsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan pimpinan Pas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat menegaskan, kerajaan negeri itu tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Kata beliau, wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri. - Utusan

EHSAN = IHSAN

DIDEFINISIKAN SEBAGAI:
1. KEBAIKAN, KEBAJIKAN, KEMURAHAN HATI (LAWAN BAKHIL).
2. KASIHAN
3. DERMA YANG TIDAK DIWAJIBKAN.

ROYALTI

DIDEFINISIKAN SEBAGAI:
1. HONORARIUM, SAGUHATI (SPB) WANG YANG DIBAYAR KEPADA TUAN PUNYA HAK CIPTA, IMBALAN, GANJARAN

DIKUTIP DARI; HAJI ZAINAL ABIDIN SAFAWAN(2002).KAMUS BESAR DEWAN BAHASA MELAYU.UTUSAN PUBLICATION.KUALA LUMPUR.

05 November 2009

BERFIKIRAN KREATIF?




Fikiran kreatif ialah ibarat nafsu seks bagi kehidupan mental kita. Seperti apa-apa sahaja yang bersifat baru, idea mempunyai batas hayat. Apa-apa yang baru akan menjalani proses kelahiran, pendewasaan dan mati. Begitu juga halnya dengan idea. Oleh itu, kita mesti melahirkan idea baru dari semasa ke semasa. Caranya adalah dengan banyak melakukan seks mental. Seperti seks biologi, seks mental dijamin menyeronokan. Proses menerbitkan idea baru menghasilkan kepuasan yang kita perlu untuk kesihatan mental, psikologi, dan fizikal. Tetapi mengapa ada orang yang memiliki banyak pengetahuan tidak berupaya mencipta apa-apa yang baru?. mereka hanya menyimpan sahaja pengetahuan yang banyak itu. Mereka tidak memikirkan apa-apa yang diketahui oleh mereka dengan menggunakan cara berfikir baru. Seperti seks biologi, kita mempunyai alat yang diperlukan. Yang kreatif tahu apa yang dibuat oleh mereka dengan menggunakan alat yang dimiliki oleh mereka. Kalau mahu akan sesuatu yang baru, kita perlu menggunakan alat yang sama, tetapi kali ini dengan cara yang baru. itu saja.

*Ainon dan Abdullah, teknik Berfikir: Konsep dan Proses (Kuala Lumpur: Pelanduk Publication, 1994), 1 dan 2.

02 October 2009

JAPAN FESTIVAL







JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI KE UiTM SERI ISKANDAR PERAK
Date : 5th Oct 2009 (monday)

Time : 12.00 untill 4.00 pm

Programme : 1. Tea ceremony
2. Ikebana
3. Origami
4. Kimono
5. Japanese song Karaoke

Exhibition of Ukiyo -e and Kokeshi Doll : 5th untill 19th Oct 2009

Time of visit : 9 to 4 pm (monday to friday)

20 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDULFITRI






selamat menyambut hari raya aidulfitri...

kemeriahan menyambut hari raya sudah pun bermula seminggu yang lalu...manusia semakin sibuk dengan hal-hal keduniaan, sedangkan ramadan kian hampir ke pemghujungnya.

kemeriahan dari jualan gerai-gerai yang menjual pakaian-pakaian, kuih-muih dan perabut, kasut dan sebagainya...semuanya raya!!!

kita terlalu ghairah menyambut hari raya, mengapa? kenapa tidak ketika menyambut kedatangan ramadan?..

sejak dari tadi (selepas berbuka puasa buat kali terakhir) kedengaran bunyi-bunyian segala macam mercun-mercun dan bunga api seolah-olah sedang berlakunya peperangan dan kekecohan...

bagaimana sahabat kita di palestin...?letupan ini adalah seperti mainan bunga api dan mercun pada mereka...air mata yang kekeringan akibat kekejeman Zionis di bumi Palestin...

dalam menyambut kedatangan hari yang mulia, jangan dilupa kepada sahabat-sahabat kita yang berada didalam kesusahan...

semoga di hari ini, semua muslim didunia berada dalam selamat sejahtera hendaknya...dilindungi oleh Allah dari bala dan wabak-wabak penyakit juga diberi keselamatan hidup di dunia dan akhirat...aminn...

16 September 2009

16 SEPTEMBER 2009

SELAMAT PAGI MALAYSIA
HARI INI HARI APA?
ADA APA-APA KE HARI INI?

APA KHABAR ORANG SABAH?
APA KHABAR ORANG SARAWAK?

SELAMAT ULANGTAHUN!!!

11 September 2009

BERITA TERLEWAT






SERI ISKANDAR - Papan tanda yang memaparkan perkataan Seri iskandar telah roboh selepas berlakunya angin kencang beserta ribut yang berlaku di Bandar Seri iskandar pada hari Rabu yang lalu.Kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.30 tengahari dan dalam masa kurang dari 5 minit.

walaupun hujan yang melanda hanya seketika, sudah cukup untuk menumbangkan papan tanda 'gergasi' yang ada. Kelihatan 'banner' yang dipasang turut tersungkur kebumi. kain rentang yang diletakkan dibawah papan tanda tersebut bertulis 1 malaysia: rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

sehingga kehari ini (11 Sept 2009), papan tanda tersebut belum di perbaiki. Diharap kerja-kerja perbaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin, kerana papan tanda tersebut merosakkan pemandangan dan konsep kain rentang yang di gantung.

12 Sept 2009: tanduk emas

30 August 2009

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Tanah melayu Kali ke 52 (Sabah dan Sarawak?)





Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.


ڤماشهورن كمرديكأن

دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مڠاسيهاني، سڬالا ڤوجي باڬي الله يڠ مها بركواس دان صلوات دان سلام ك اتس سكالين رسول-ڽ.

بهاواسڽ كران تله تيباله ماسڽ باڬي اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو اين منچاڤأي تارف سواتو بڠسا يڠ مرديك لاڬي بردولت سام ستيمڤل كدودوكنڽ دڠن سڬالا بڠسا سلوروه دنيا.

دان بهاواسڽ كران دڠن ڤرجنجين يڠ دسبوت نامڽ ڤرجنجين تانه ملايو تاهون 1957 يڠ دڤربوات انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، مك، تله دڤرستوجوي بهاوا نڬري-نڬري ملايو، ايايت جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، دان ڤراق سرتا نڬري يڠ دهولوڽ ديناماكن نڬري سلت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، مولاي 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957، هندقله منجادي سبواه ڤرسكوتوان بهارو باڬي نڬري-نڬري يڠ برنام ڤرسكوتوان تانه ملايو.

دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق دالم ڤرجنجين ترسبوت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ هندقله درڤد تاريخ ترسبوت ايت تمت درڤد منجادي سباهاڬين درڤد ججاهن تعلوق بڬيندا قوين، دان دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين تيدق لاڬي برحق منجالنكن اڤا٢ كدولتن بڬيندا ك اتس كدوا-دوا بواه نڬري يڠ ترسبوت ايت.

دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق يڠ ترسبوت، ايايت ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1948، دان سڬالا ڤرانجين يڠ لاين يڠ اد سكارڠ انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج اتاوڤون ساله سأورڠ درڤد بڬيندا ايت سبلوم تاريخ يڠ ترسبوت هندقله دبطلكن مولاي درڤد تاريخ ايت، دان سموا كوات كواس دان حق دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين اتاوڤون ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دالم نڬري-نڬري سلت اتاوڤون ڤرسكوتوان تانه ملايو سلوروهنڽ اداله تمت دڠن سنديريڽ.

دان بهاواسڽ كران دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين، دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دان مجليس-مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان دان نڬري-نڬري ملايو تله ملولوسكنڽ، ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1957 ايت برجالن كوات كواساڽ.

دان بهاواسڽ كران سواتو ڤرلمباڬان باڬي كراجأن ڤرسكوتوان تانه ملايو تله دتنتوكن منجادي سواتو كانون يڠ معتمد باڬيڽ.

دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت، مك، اد دسدياكن شرط اونتوق منجاڬ كسلامتن حق-حق دان كاوتامأن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج سرتا حق-حق اساسي دان كبيبسن سكالين رعيت دان اونتوق مماجوكن ڤرسكوتوان تانه ملايو دڠن امان دان داماي سرتا تراتور سباڬاي سبواه كراجأن يڠ ممڤوڽاءي راج يڠ برڤرلمباڬان يڠ برداسركن ديموكراسي چارا ڤرليمين.

دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ داداكن اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت تله دلولوسكن اوليه سواتو اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكه اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان سرتا دڠن اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكن اوليه نڬري-نڬري ملايو دان دڠن كتتڤن-كتتڤن دالم مجليس اوندڠن نڬري ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، دڠن دمكين ڤرلمباڬان ايت تله برجالن كوات كواساڽ ڤد 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957.

مك، دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها مڠاسيهاني، ساي تونكو عبدالرحمن ڤوترا ابن المرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شه، ڤردان منتري باڬي ڤرسكوتوان تانه ملايو، دڠن ڤرستوجوان دان ڤركنن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج نڬري-نڬري ملايو دڠن اين ممشهوركن دان مڠيشتهاركن باڬي ڤيهق اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو بهاوا مولاي تيڬ ڤولوه ساتو هاري بولن اوڬوس تاهون سريبو سمبيلن راتوس ليما ڤولوه توجوه، مك ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ مڠاندوڠي نڬري جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، ڤراق، ملاك دان ڤولاو ڤينڠ دڠن ليمڤه رحمة الله سبحانه وا تاءالا اكن ككال منجادي سبواه نڬارا يڠ مرديك دان بردولت سرتا برداسركن كبيبسن دان كعاديلن دان سنتياس منجاڬ دان مڠوتاماكن كسجهترأن دان كسنتوسان رعيتڽ دان مڠكلكن كامانن انتارا سڬالا بڠسا.

rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia