Pengintip

03 April 2009

Seni Video



Seni video adalah istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada karya yang menggunakan peralatan video, televisyen sebagai medium untuk berkarya dan menggunakan peralatan teknologi dalam pelbagai cara.


Sejarah Ringkas Perkembangan Seni Video

Seni Video merujuk kepada karya yang menggunakan media Video sebagai karya seni. Syarikat Sony adalah yang bertanggungjawab kepada lahirnya seni video pada tahun 1965 dan telah memperkenalkan portable video recording camera dan dikenali sebagai Portapak.

Rakaman yang telah dibuat boleh disimpan didalam kaset (tape) dan boleh dipadam (erase/delete) serta boleh diguna pakai kembali (re-recorded). Kemampuan media ini membolehkan signal video dihantar ke lebih satu monitor dan penggunaannya yang sangat fleksibel dalam mempersembahkan rakaman itu kembali.


Kronologi Perkembangan Seni Video

Perkembangan seni video adalah hasil dari evolusi medium tradisi yang digunapakai dalam menghasilkan karya (seni visual). Perkembangan medium ini seiring dengan perkembangan industri, globalisasi dan kemajuan yang tercipta hasil dari penciptaan teknologi-teknologi terkini.

Sebagai contohnya, media Fotografi adalah hasil dari resapan pengaruh catan barat (western painting), dan kemudiannya fotografi memainkan perananya pula dalam mempengaruhi seni catan. Manakala Sinematografi (seni perfileman) pula berkembang dan meneruskan prinsip-prinsip asas daripada media fotografi (still photography).

Media televisyen pula terhasil dari pengaruh catan, fotografi, dan sinematografi. Kadangkala kita tertarik dengan kecantikkan filem dan video ini kerana visualnya seperti catan kerana media televisyen dan imej-imej fotografi ini dipengarui oleh visual tradisi dan seni persembahan (performing arts).

Secara ringkasnya medium kamera dan komputer ini adalah hasil pengaruh elemen-elemen tradisi dan merupakan proses evolusi yang berkembang sehingga sekarang.

No comments: