Pengintip

01 December 2009

Arca (kesenian) daripada perspektif agama (siri pertama)


Pada 21 November 2009 yang lepas bertempat di Galeri Petronas, telah berlangsungnya sebuah forum yang bertajuk Arca daripada perspektif sosial, budaya dan agama. Forum yang berlangsung selama 2 jam itu mengupas persoalan-persoalan yang yang timbul kesan daripada pameran solo yang sedang berlangsung di galeri Petronas sekarang.

Pameran solo tersebut adalah hasil kerja seni dari seniman arca terkenal Malaysia iaitu Raja Shahriman b. Raja Aziddin yang diberi tajuk Rentak abad ke-21: Monolog-monolog Raja Shahriman. Pameran yang bermula pada 29 Oktober 2009 sehingga 24 Januari 2010 yang mengetengahkan karya-karya terkini oleh Raja Shahriman yang merupakan pameran solo yang keenam beliau, merangkumi 20 arca baru bersaiz skala besar, 45 buah lukisan dan 15 catan dalam pertunjukkan yang melambangkan sifat pemusnah dalam diri manusia. (untuk bacaan lanjut: rujuk laman sesawang http://www.galeripetronas.com.my/)



Tun Mahathir Mohamad mendengar penerangan arca dari Tengku Elina yang turut disertai oleh Raja Shahriman

Forum pada petang itu telah dihadiri olehTengku Sabri Tengku Ibrahim (Sculptor), Raja Shahriman Raja Aziddin sendiri( Sculptor), Fathi Aris (Socio-Cultural Critic), Mad Anuar Ismail ( Sculptor), Muhammad Najib Abdullah ( Lecturer, Fac. Syariah & Amp; Law) dan moderatornya ialah Norhanim Khairuddin.

Dalam arus perkembangan seni semasa, jika diteliti secara rawaknya didapati bahawa perkembangan-perkembangan seni visual yang berlaku sekarang adalah hasil dari cengkaman pengaruh era Pasca modernisma keatas pelukis-pelukis muda yang diibaratkan sebagai serangan wabak H1N1 di Malaysia. Cumanya, adakah serangan-serangan tersebut dapat dikawal, di 'antiviralkan' mahupun menemui kegagalan sehinggakan maut dalam dalam pencarian?.

Pameran solo Raja Shahriman ini hanyalah satu daripada puluhan karya-karya seniman yang ada dan secara jelasnya agak 'menjengkelkan' pandangan-pandangan orang ramai terhadap karya seni sekarang. Jika golongan-golongan muda lebih bernafsu dalam menyatakan ekspresi amarah dalam bentuk-bentuk visual yang agak keterlaluan dari segi visualnya maka jelas dan nyata sekali apa yang berlaku dalam perkembangan seni di Malaysia sekarang adalah dibelenggunggi oleh dilema-dilema dan krisis identiti nasional, budaya dan pegangan.

Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Paklah dalam visi politiknya semasa dalam pemerintahannya telah mengistiharkan konsep Islam Hadari. Islam Hadari ini dilandaskan kepada 10 prinsip yang mana konsep ini adalah prinsip yang dizahirkan dari qalam tuhan Al-quran kepada hambanya.

Adakah Islam Hadari itu satu peganggan baru umat islam di Malaysia sehinggakan jika melihat dari konteks seni Malaysia pada waktu itu (tahun 2000-2008), karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis (muslim) masih menampilkan imej-imej yang bertentangan dengan pelajaran dan aqidah islam. Apakah seni dan pengamalnya tidak berupaya menyerap dan menterjemahkan karya yang tidak dilarang oleh tuhan?.

Perkembangan pesat teknologi massa, mungkin mempengaruhi fikiran dan idea golongan-golongan seni, sehinggakan karya-karya yang terhasil tidak langsung menampakkan pegangan seniman itu sendiri. pengaruh-pengaruh yang dibawa oleh media semasa menjadi rujukan kepada x-generasi yang terdedah dengan informasi-informasi global yang mengharubirukan.

Memang tidak dinafikan segelintir seniman sahaja yang mengekalkan kefahaman islam itu melalui karya yang dihasilkan (karya-karya abstrak sangat diterima oleh komoditi pengumpul-pengumpul seni sehingga sekarang). Pertembungan inilah yang menjana krisis-krisis kepada seniman seumpama larangan tuhan kepada hambanya. Contohnya sangat mudah, solat 5 waktu yang wajib ditunaikan pun kadang-kadang tertinggal !!!.

Komponen parti pembangkang Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia/tujuannya untuk menegakkan sebuah negara islam berdasarkan al-quran dan sunnah) jelas sekali telah melarang aktiviti seni, sehinggakan Nik Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul am PAS turut melarang sebarang aktiviti seni di negeri Kelantan seperti nyayian, Wayang kulit dan sebagainya di Kelantan.

Pengharaman tersebut jelas memberi kesan kepada pengiat-pengiat seni di Kelantan dalam memperjuangkan budaya, tradisi mereka sendiri sehinggakan ada golonggan yang membantah pengharaman tersebut. Nyata sekali seni yang dilarang oleh Tuhan telah disekat aktivitinya daripada berlaku dan dijalankan di negeri Kelantan sehingga sekarang.

Bagaimana pula pendekatan yang diambil oleh kerajaan memerintah (BN: Barisan Nasional) dalam menetapkan hala tuju seni itu. adakah pengharaman yang dibuat oleh parti PAS perlu diikuti oleh kerajaan BN yang masih lagi mengamalkan konsep Islam Hadari dibawah pimpinan perdana menteri malaysia yang keenam iaitu Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Islam itu bersifat syumul dan adakah islam yang diterjemahkan melalui Islam hadari sama seperti islam yang digambarkan oleh nabi Muhammad S.A.W?. Syumul bererti menyeluruh dan apabila berbicara tentang syumul, maka islam itu juga merangkumi persoalan-persoalan dan juga tatabahasa seni visual yang cuba di visualkan oleh seniman-seniman (beragama islam).

 Jika diteliti, perlembagaan Malaysia sendiri telah menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara islam yang mana melayu ditakrifkan islam dan islam itu adalah melayu. Bagaimana pula melayu yang bukan islam?.

Apabila disebut Melayu, maka secara tidak langsungnya seniman-seniman Malaysia yang berbangsa melayu majoritinya adalah lulusan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM/dahulunya dikenali sebagai ITM). Usaha, Taqwa, Mulia adalah moto UiTM yang mana majoriti pelajarnya adalah melayu islam dan lain-lainnya adalah Bumiputera. Penubuhannya bermula pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA yang kemudiannya pada tahun1965 bertukar menjadi Maktab MARA. Pada tahun 1967 Maktab Mara sekali lagi bertukar nama kepada Institut Teknologi Mara sehinggalah tahun 1999 dan akhir sekali kekal sebagai UiTM.

Raja Shahriman adalah salah seorang seniman yang telah berjaya dibentuk di ITM sehingga menjadi seniman arca yang terkemuka di Malaysia. Begitulah peranannya UiTM dalam sumbangan kepada perkembangan seni visual di Malaysia. Jika UiTM penuh dengan semangat kemelayuannya (keislamannya) maka agak menghairankan juga, Raja Shahriman yang telah terdidik dengan falsafah melayu, budaya dan islam menzahirkan karya-karya yang sepatutnya berkiblatkan ketimuran dan bukannya menampakkan ciri-ciri kebaratan (dalam konteks seni arca yang dihasilnya).

Malah beliau adalah penganut fahaman islam yang kuat (merujuk pada Raja shahriman/dengan bersongkoknya/umum mengetahui ke"aliman" beliau) bertentangan sama sekali dengan hasil dari karya-karya arca yang dipamerkan.

Berapa ramai seniman-seniman 'muda' pada hari ini yang lahir dari didikan Institusi Melayu yang terbesar di Malaysia ini?. dan berapa kerat pula, yang mengamalkan seni yang 'dihalalkan' oleh islam?.

Apakah bentuk seni yang dihalalkan oleh islam?, adakah membuat figura-figura manusia dan haiwan adalah haram?..dan adakah disebabkan perkara ini, telah menjadi satu budaya popular dalam persekitaran seni Malaysia mengulangi sejarah 70-an kembalinya karya-karya abstrak(hanya pada sesetangah individu kerap berkarya dan berpameran sahaja).

Mungkin atas dasar ini (persoalan-persoalan yang melekat dalam minda), forum yang diadakan ini dapat memberikan ruang kefahaman kepada pengkarya mahupun seniman-seniman dalam berkarya untuk mengenalpasti apakah yang mereka buat selama ini adalah diharuskan atau masih terperangkap dengan virus ideologi pasca-moden yang dibanggakan itu.

Krisis identiti budaya dan nasional inilah yang dilihat telah 'membenggongkan' kita dalam semua aspek kehidupan dan juga merencatkan hubungan kita dengan tuhan. kesan-kesan yang terhasil inilah yang cuba dimainkan oleh segolongan 'puak penentang' untuk merevolusikan (menyihir minda) gagasan idea, visual, persepsi dan tanggapan kepada golongan muda (tidak terkecuali bagi golongan 'tua').

Apakah islam itu penuh dengan kawalan sehinggakan kita tidak boleh menjadi seniman seperti yang kita inginkan, bebas membicarakan apa sahaja tanpa batasan dan bertepatan dengan kehendak peredaran sezaman (pasca moden)?.


Forum bersama pengarca di Galeri Petronas pada 21 November 2009 yang lepas

Melihat kepada forum yang telah dijalankan, pensyarah daripada Fakulti Syariah iaitu Ustaz Muhammad Najib Abdullah yang terlibat dalam perbincangan tersebut, menyatakan arca-arca yang dihasilkan oleh Raja Shahriman ini, tidak menyalahi hukum syarak, kerana menurutnya figura-figura yang dilambangkan melalui arca-arca tersebut adalah bersifat abstrak (penulis terlewat menghadiri forum tersebut/mendengar dalam masa yang singkat).

Dr. Yusuf Al-Qardhawy (cetakan kedua, 2001) telah membuat 9 kesimpulan dalam bukunya berkenaan Hukum Gambar dan Pembuat Gambar. Hukum yang dapat disimpulkan oleh beliau adalah seperti berikut:

1. Jenis gambar yang dilarang keras dan paling berat dosanya ialah gambar-gambar yang disembah selain Allah, ini menyembabkan pembuatnya kafir jika dia mengetahui dan sengaja melakukannya. Dalam hal ini gambar yang berjisim (bernyawa) lebih berat dosanya dan tidak dibenarkan. Setiap orang yang menbgedarkan atau mengagungkannya dari aspek manapun, dia termasuk dalam dosa ini sesuai dengan penglibatannya.

2. Sungguh berdosa orang yang membuat gambar tidak untuk disembah, tetapi sengaja bermaksud menyerupakan ciptaan Allah, atau mengaku bahawa dia membuat dan menciptakan makhluk seperti yang diciptakan Allah, sebab dengan cara demikian dia mendekatkan diri kepada kekafiran dan ini bergantung kepada niatnya.

3. Berdosa juga bagi pembuat gambar-gambar berjisim yang tidak disembah, tetapi diagung-agungkan seperti gambar- gambar para raja, pemimpin, pembesar dan lainlain yang hendak diabadikan melalui patung-patung yang mereka dirikan di tempat-tempat terbuka dan tempat-tempat lain, baik patung-patung itu sempurna mahupun setengah badan.

4. Gambar-gambar berjisim dari makhluk bernyawa yang tidak disucikan dan tidak diagungkan telah disepakati haram, kecuali dianggap rendah seperti mainan anak-anak dan boneka yang dibuat dari gula-gula untuk dimakan.

5. Berdosa membuat atau memiliki gambar-gambar yang tidak berjisim yang diagungkan, seperti gambar-gambar pemerintah, pemimpin-pemimpin dan lain-lain, terutamanya jika gambar-gambar mereka didirikan atau digantungkan dan larangan ini semakin kuat jika personaliti-personaliti yang digambar ini adalah orang-orang zalim, fasik dan atheis. mengagungkan mereka bererti menghancurkan islam.

6. Gambar-gambar bernyawa yang tidak berjisim, tetapi tergolong dalam aspek berlebih-lebihan dan kesenangan, seperti dinding yang digantung dengan gambar-gambar atau seumpamanya, maka hukumnya hanyalah makruh.

7.Gambar-gambar tidak bernyawa seperti pohon, kurma, laut, kapal, gunung, bintang, awan dan lain-lain pemandangan alam maka tidak berdosa bagi orang-orang yang menggambar atau memilikinya selama tidak mengganggu ketaatan kepada Allah dan tidak menyebabkan berlebih-lebihan sehingga makruh.

8. Adapun gambar-gambar fotografi, pada dasarnya mubah, selama tidak mengundang persoalan gambar yang diharamkan, seperti pensucian orang digambar dengan pensucian agamis atau pengagunggan agamis khususnya jika orang yang diagungkan itu orang-orang kafir atau fasik seperti penyembah berhala, golongan komunis dan seniman-seniman tersesat.  

9. Patung-patung dan gambar-gambar haram atau makruh, jika direndahkan kedudukannya (fungsinya) akan berpindah dari wilayah haram dan makruh itu ke wilayah halal seperti gamabr-gambar pada permaidani yang diinjak-injak oleh telapak kaki (dipijak-pijak) atau digunakan sebagai alas kaki dan lain-lainya.

Dalam suasana yang berlatarbelakangkan faktor-faktor geografi, politik, identiti, suasana semasa, budaya, dan sebagainya memberikan sumber yang bermanfaat kepada seniman-seniman Malaysia tetapi jika tidak dapat ditanggani dengan berhemah faktor-faktor ini akan menghasilkan kecelaruan peganggan kepada seniman-seniman itu sendiri.

Kecelaruan-kecelaruan ini dapat dipulihkan jika seniman-seniman kita berpegang kepada rasional dalam berkarya. Rasional ini mungkin berbeza berlatarbelangkan pegangan, budaya dan identiti seniman itu sendiri. Tetapi yang pastinya agama bukanlah penghalang besar dalam melaksanakan karya yang bermutu sebagai contohnya karya-karya yang dipamerkan oleh Raja Shahriman dalam pameran solonya yang ke-6 di Galeri Petronas.

wallahualam

Rujukan:

Dr.Yusuf Al-Qardhawy. 2001. Seni & Hiburan Dalam Islam (Al-Islam wa Al-Fann). Diterjemahkan oleh Drs. Hadi Mulyo. Pustaka Al-Kautsar. (Teks asal dalam bahasa Arab).

1 comment:

Anonymous said...

lepas nie pakat2lah kite wat work abstrak huhu...