Pengintip

30 March 2009

pasca pameran simpang ampat (karya:mohd farizal puadi)

Kesah Nostradamus Dengan Peristiwa Santapan malam Yang Terakhir

Orang Suci 1





Orang Suci 2






Orang suci 3





Orang Suci 4








Orang suci 5








Orang Suci 6




A) Abstrak

Idea utama dalam perlaksanaan karya bertemakan islam (kepercayaan) ini adalah dari kupasan penulis mengenai 40 Hadis: Peristiwa Akhir Zaman. Penulis cuba menvisualkan hadis-hadis nabi dalam konteks semasa.

Sebagai seorang yang beragama islam kepercayaan kepada Tuhan (Allah) dan rasul adalah rukun iman. Wajib setiap orang beragama islam memahaminya.

Karya ini cuba mengambil pendekatan mengenai meramal masa hadapan dalam konteks kepercayaan (muslim believe). Menjadi peramal masa hadapan seperti Nostradamus yang terkenal tetapi sebenarnya berdasarkan kepada hadis nabi.

Tidak seperti Nostradamus (seorang penipu) yang juga meramal masa hadapan daripada sebuah kitab yang dicuri oleh nenek moyangnya.(dibawa keluar dari gereja di ROM Vatikan City (menurut penulis Muhammad Isa Dawud) sebenarnya adalah hadis oleh nabi Muhammad s.a.w tentang masa hadapan).


Daripada Ummul Mu’min, Zainab binti Jahsy (isteri Rasullullah s.a.w), beliau berkata: "(pada suatu hari) Rasullullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, la ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan ma’juj seperti ini", dan baginda menemukan ujung ibu jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab) binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasullullah ! apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?". lalu Nabi saw. Bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R Bukhari Muslim


Abu ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad fahmi Zamzam) .40 Hadis: Peristiwa akhir zaman (edisi baru). Khazanah Banjariah. Kedah. 2007



B) Idea

Penghasilan karya ini adalah bertumpu kepada dua garapan cerita yang digabung sekali.

1. Nastradamus sebagai seorang peramal yang hebat pada pandangan masyarakat sekarang
(termasuklah oleh orang islam).
2. Peristiwa The Last Supper. ( salah satu karya yang bertemakan keagamaan yang banyak
dihasilkan pada abad yang ke-15/ mempunyai pelbagai versi)

Karya yang akan dihasilkan nanti adalah merangkumi dua cerita seperti yang disebutkan diatas yang digunakan sebagai metafora dalam menceritakan isu semasa sekarang.

Karya ini diberi judul NOSTRADAMUS DENGAN PERISTIWA SANTAPAN MALAM TERAKHIR (6 JAHANAM/Orang suci 1,2,3,4,5 dan 6.)

Karya ini berdasarkan kepada hadis-hadis ramalan yang ditulis oleh Al-Banjari (rujuk bukunya diatas). Manakala lukisan The Last Supper pula, dirujuk sebagai komposisi untuk menyokong hadis yang cuba diketengahkan dengan menggunakan peramal yang terhebat (kononnya) iaiti Nostradamus.

Nostradamus disini bukanlah Nostradamus yang sebenarnya tetapi divisualkan dengan gambaran wajah pelukis sendiri (Mohd Farizal Puadi), seolah-olah seperti monolog dalam diri.

Ramalan-ramalan yang digambarkan dalam lukisan itu nanti adalah dalam konteks peristiwa yang berlaku di Malaysia. Dan kebanyakkan isu yang cuba penulis garapkan adalah berkenaan politik semasa Isu-isu seperti rasuah, pecah amanah dsb).

Contoh-contoh hadis akhir zaman yang dinyatakan oleh nabi Muhammad s.a.w adalah seperti berikut:

1. kehancuran akan berlaku apabila amanah disia-siakan.
2. orang baik kurang, orang jahat bertambah dan orang jahat berani melawan orang
baik.
3. dua golongan penghuni neraka- salah satunya ialah penguasa yang memukul orang
tanpa periksa/soal siasat (ISA???)
4. orang menjadi ketua adalah yang terhina diantaranya.
5. dan lain-lain



C) Format Lukisan

Saiz setiap satu lukisan adalah 79.5 cm x 111cm.

6 keping lukisan ini apabila digabungkan menjadi satu karya dan setiap figura boleh berubah-ubah kedudukannya.
karya ini tidak di persembahkan dalam format yang 'biasa' (format Last Supper). karya ini bersifat instalasi yang boleh dipadan-padan berdasarkan kepada konteks dan isu yang diketengahkan.
Nota: Last Supper (Ahli-ahli Majlis tertinggi/28 mac 2009 PWTC)

No comments: