Pengintip

19 February 2009

Artis Malaysia bakal mengoncang dunia? Welcome to international level!!

Pernyataan diatas adalah satu standart yang kerapkali diacu dan bermain dikepala kita. Perkara ini perlu dinilai kembali mengikut persprektif pandangan yang berbeza..

Seseorang artis yang bagus perlu menonjolkan diri di pentas antarabangsa?. Menurut kata-kata seorang ’tua’ yang merasakan dirinya itu sudah ’tua’ dengan ilmu dan ’tua’ dalam bidang seni.

Tetapi itu belum mencukupi, jika kita membayangkan kualiti artis bersandarkan tahap antarabangsa.

kita perlu pergi ke satu persatu persoalan yang perlu dikupas.

Soalan pertama: Adakah tahap antarabangsa itu diiktiraf sebagai tahap tertinggi untuk seseorang artis itu?.

Soalan kedua: apabila seorang artis itu berjaya menempatkan diri dalam kelompok antarabangsa (sedangkan artis antarabangsa pun tidak dikenali) artis tersebut tidak perlu lagi dipersoalkan lagi tentang kualiti karya seni yang terhasil.

Solan ketiga: artis-artis tempatan yang tidak ke antarabangsa dan tidak dikenali (artis muda) sudah pasti tidak mempunyai karya yang berkualiti?

Soalan keempat: betulkah artis antarabangsa itu berkualiti?

Keempat-empat soalan tersebut tidak perlu dijawab kerana kualiti karya seni dan artis itu adalah bergantung kepada pengetahuan yang didasari oleh pengalaman. Tetapi pengalaman yang banyak tidak menjamin kualiti karya. Begitu juga sebaliknya, banyak pengetahuan juga tidak menjamin kepada kualiti karya. Dan semua itu mempunyai pelbagai perspektif yang bersifat subjektif.

Antarabangsa atau tidak seseorang artis itu tidak menjadi keutamaan yang penting, tetapi yang perlu diingati bagi mereka semua adalah intigriti dan kefahaman situasi tersebut dengan nilai diri.

Jika kita lihat, artis dalam konteks negara kita (Malaysia), juga mempunyai beberapa kelompok tertentu.

Kelompok-kelompok ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

pertama: golongan-golongan tradisi iaitu golongan yang mengganggap seni hanyalah merekod keindahan ciptaan tuhan.

Kedua: kelompok yang menjadikan bidang seni ini sebagai landasan mencari rezeki menggunakan kepakaran dan minat (berbohong jika puak-puak ini mengganggap duit adalah perkara kedua/strategi dalam mengkomersial kan karya seni).

Ketiga: golongan-golongan suci dalam menzahirkan perasaan, kritikan dan sebagainya melalui medium seni (tidak mendasari pegangan dari puak yang kedua).

Keempat: pengacau (businessman) ataupun penyibuk dalam bidang seni (pemilik-pemilik galeri dan seumpamanya). Mereka-mereka inilah yang sedikit sebanyak menjadikan puak yang kedua tadi bertambah akibat dari keperluan material yang melalaikan.

Kelima: kumpulan eksperimental yang kebanyakan mereka ini terdiri dari pelajar dan artis-artis muda yang bergerak secara kumpulan mahupun individu. Pada permulaanya puak ini adalah menentang kepada gagasan perniagaan karya yang ’manis-manis’. Lama kelamaan gagasan material tidak dapat ditolak akibat desakan hidup atau mencari populariti.

Antarabangsa atau tidak seseorang artis itu adalah kerana kesilapan berfikir (falasi) yang mengatakan kita perlu menjadi Mat Saleh jika kita hendak berjaya..

Jika kita dilahirkan sebagai Mat Saleh maka kita sudah tentu ditakdirkan menjadi artis yang berkualiti???...

No comments: