Pengintip

23 January 2009

Masa Untuk Berubah

Menjelang penghujung bulan Januari di tahun 2009, sebelum menyambut Tahun Baru Cina, mungkin kedengaran agak terkebelakang, dengan peristiwa menyayat hati, yang berlaku di Genting Gaza Palestin, beserta keadaan ekonomi yang semakin meruncit, ini adalah masa yang sangat sesuai bagi golongan-golongan artis untuk melakukan anjakan paradigma seterusnya bermuhasabah diri untuk menjadi seorang artis yang "serius".

Serius disini merujuk kepada penerimaan dan tempias yang berlaku di arena global, dengan keadaan ekonomi yang agak perlahan berkembang ( maka menangislah mereka-mereka yang menjadikan pekerjaan melukis itu sebagai satu mata pencarian/mungkin sesetengah daripada kalangan kita yang dijangkiti "virus" komersial), juga kekecohan, kekejaman Israel (suatu bangsa yang telah dinyatakan oleh Tuhan dalam Al-Quran sebagai bangsa yang suka melaksanakan kerosakkan, dua kali ganda kerosakkan, dan sesetengah daripada Ulamak menyifatkan sebagai Yakjuj dan Makjuj).

Keadaan semasa merangsang kepada keupayaan minda untuk berfikir secara rasional, kreatif dan kritis diharap akan menjadi tunjang kepada kebangkitan karya-karya seni yang bermutu, mungkin wang tidak boleh lagi mempengaruhi tindakan sesetengah artis untuk menjadi hipokrit, sedangkan hakikat yang terpapar adalah sebaliknya.

Wahai seniman semua!!! ini adalah masanya untuk kita berubah, biarkan "virus" itu pergi meninggalkan kita, inilah masanya untuk kita gunakan otak dalam berkarya...kembalilah ke pangkal jalan, buktikan!!!!!

Wahai seniman !!!, aku menyeru agar kita bertindak, bergerak mengikut kejujuran dalam berkarya agar kamu semua tidak diperlekeh, dikutuk, dihina, dan diumpat, tetapi jika itu yang kamu mahu, nah terimalah maki ku ini, karya yang bangsat!!!!, memalukan dan menjijikkan.

No comments: